Nuffnang

Ahad, 1 September 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia | Hiburan - Rakyat News

Posted: 02 Aug 2013 06:33 AM PDT

 

 

Ibu kepada pelakon Arja Lee, Salmah Aziz, 60, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini pada pukul 4 pagi hari ini.

 

Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, memberitahu berita sedih tersebut melalui laman peribadi Instagramnya dan turut memuatnaik gambar kenangannya bersama Allahyarham.

 

"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.

 

"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya.

 

 

Allahyarham mengalami menderita penyakit kanser lelangit sejak 13 tahun lalu dan telah dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.

 

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.

 

Last Updated on Saturday, 03 August 2013 13:36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan