Nuffnang

Ahad, 1 September 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


KL Gangster 2 Tersebar Di Internet, <b>Syamsul Yusof</b> Bengang!!! |

Posted: 28 Aug 2013 07:26 PM PDT


Ini sangat mengecewakan. Abang Nara memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.

kl gangster 2 download

Info yang Abang Nara terima daripada rakan Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada "leak" yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.

kl gangster 2 download

Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana "leak" ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Syamsul Yusof</b> Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Rahsiakan <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 08:45 PM PDT


Untunglah bakal isteri Syamsul Yusof. Sudahlah mendapat lelaki kacak, kaya pula tue. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah identiti si wanita yang berjaya mencuri hati pengarah hebat ini. Yang penting, Syamsul sudah menyatakan kesediaannya untuk berkahwin selepas tayangan filem KL Gangster 2.

syamsul yusof

Kata Syamsul Yusof kepada Mstar Online:-

Saya sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan.

Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi.

Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya

puteri sarah

Syamsul Yusof sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar jurusan kedoktoran. Namun begitu, baru-baru ini dirinya dikaitkan pula dengan bekas kekasih Ammar Alfian, Puteri Sarah Liyana. Tak kisahlah mana satu asalkan bakal isteri Syamsul dapat membahagiakan hidupnya. Itu sudah cukup. Tak gitu?

P.S: Jualan kereta di Malaysia meningkat untuk bulan Julai

Baca Yang Ini Pulak:-


KL GANGSTER 2 DI DOWNLOAD DI INTERNET <b>SYAMSUL YUSOF</b> <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 10:15 PM PDT

Syamsul Yusof marah filem KL Gangster 2 tersebar dan di download di Internet

Siapa yang tidak berang, apabila sebuah karya yang dihasilkan membabitkan kos pembelanjaan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan filem tersebut telah dinikmati dengan percuma tanpa keizinan pihak yang terbabit

wallpaper kl gangster 2 syamsul yusof marah kl gangster 2 di download di internet

Itulah yang terjadi kepada pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof apabila filem KL Gangster 2 arahannya dan terbitan Skop Production itu dikatakan telah bocor di internet dan dimuat turun (download) sebelum tarikh rasmi filem tersebut ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober 2013

Syamsul, dalam satu kenyataan di laman akaun sosial Facebook Syamsul Yusof – Burn & Soul telah memberi amaran keras kepada  mana-mana individu yang mengedarkan mahupun download filem KL GANGSTER 2 tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan sewajarnya

facebook syamsul yusof syamsul yusof marah kl gangster 2 di download di internet

Dalam pada itu, pihaknya bersama pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut

KL Gangster 2 yang membariskan pelakon popular tanahair antaranya Aaron Aziz, Adi Putra , Rosyam Nor dan Zizan Razak itu mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu

Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka

Untuk sinopsis penuh dan video trailer, klik pada pautan http://www.mysumber.com/filem/sinopsis-kl-gangster-2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan