Nuffnang

Isnin, 16 September 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> cemburui Luna Maya – Perak Today

Posted: 12 Sep 2013 06:57 PM PDT

Liyana-Jasmay

TIDAK hanya tertumpu pada lakonan, aktres berbakat besar, Liyana Jasmay, 25, bakal mengembangkan bakatnya dalam bidang pengarahan.

Bukan sekadar angan-angan kosong, di usia yang masih muda, pelakon Papadom ini sudah memiliki syarikat produksi sendiri, Mermaids Studio, sebagai langkah untuknya mengembangkan impiannya dalam bidang seni.

Malah dalam kesibukannya bergelar isteri, dia turut menjalani kursus jangka pendek dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat, sebagai persiapannya untuk berada di kerusi pengarah.

"Saya ingin mencuba (mengarah) tetapi belum tiba masanya lagi. Buat masa ini, saya mahu mendalami lagi selok-belok pengarahan.

"Tapi, sebenarnya saya cukup cemburu melihat kejayaan Luna Maya yang berjaya mengarah filem seperti Pintu Harmonika," katanya yang berhasrat untuk mengarah filem dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menyandang gelaran Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom dan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Anugerah Skrin 2009 (Kami The Movie), Liyana juga semakin rancak membina empayarnya menerusi produksinya itu.

"Syarikat produksi saya itu baru berusia dua tahun. Masih 'baby' lagi dan banyak yang perlu dipelajari dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton.

"Saya teringin bekerjasama dengan Astro suatu hari nanti. Namun apa yang pasti, kami sudah ada beberapa projek sama pada hujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran drama bersiri Sahabat.

Drama bersiri 36 episod terbitan Suhan Movies itu mengisahkan tentang persahabatan tujuh remaja dalam mengejar impian dan cita-cita. Bakal bersiaran bermula 16 September di Astro Ria, drama ini turut dibintangi Izzue Islam, Sara Ali, Shukri Yahaya dan Syariff Sleeq.

Dalam perkembangan lain, Liyana juga sedang menunggu beberapa filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam.

"Insya-ALLAH, jika tiada halangan Papadom 2 akan ditayangkan pada Disember nanti manakala tiga filem lain iaitu Tokan, Isyarat Cinta dan Sindiket bakal menyusul awal tahun hadapan.

"Buat masa ini, saya menghabiskan aktiviti menjalani penggambaran bagi drama bersiri Sahabat," katanya.

Suami jadi BFF

Setelah enam bulan menjalani kehidupan berumah tangga bersama suami tercinta, Fathudin Mazlan, 29, Liyana, sangat bersyukur kerana dia kini cukup bahagia.

Meskipun masih lagi menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru, dia bagaimanapun mengakui ada ketikanya berdepan dengan sedikit kesukaran.

"Kami sangat bahagia. Suami saya adalah BFF (best friend forever) saya. Perbezaan paling besar adalah saya sering meminta pendapat suami jika ingin melakukan sesuatu perkara.

"Padahal, sebelum ini saya adalah seorang yang sangat susah untuk mendengar pendapat orang lain tetapi kini, kami saling meminta, berkongsi dan mendengar pendapat masing-masing," katanya.

Bercerita mengenai Fathudin, pelakon cantik itu memberitahu bahawa suaminya adalah satu anugerah berharga dari ALLAH SWT kerana dia penyokong kuat buat dirinya dalam apa jua bidang yang diceburi.

"Bagi saya, perkahwinan itu adalah satu team. Kita mesti sokong di antara satu sama lain seperti ibu saya cakap," katanya sambil tergelak.

-SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan