Nuffnang

Isnin, 16 September 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Berang Filem KL Gangster 2 Tersebar di Internet <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 10:01 AM PDT

ohartis poster KL Gangster 2

Telah menjadi suatu yang normal apabila pelbagai filem tempatan dan antarabangsa tersebar di internet untuk dimuat-turun selepas beberapa minggu filem ditayangkan di pawagam. Apapaun lain pula ceritanya dengan filem KL Gangster 2 ini apabila telahpun tersebar di internet sebelum filem ini ditayangkan lagi.

KL Gangster 2 yang akan mula ditayangkan pada 3 Oktober 2013 nanti dikatakan pengarahnya, Samsul Yusof sebagai filem prequel yang bermaksud menceritakan kisah sebelumnya apa yang terjadi sebelum filem yang lepas.

KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau "kisah sebelumnya" – Syamsul Yusof.

Syamsul Yusof tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya pihak kami bagaimana filem tersebut boleh tersebar di internet tetapi mengeluarkan satu kenyatan umum melalui Facebook miliknya;

ohartis-syamsul-yusof-kl-gangster

Apapun dengan tersebarnya filem ini sebelum tarikh tayangan, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada jumlah kutipan filem ini apabila ditayangkan nanti memandangkan peminat filem aksi tempatan dan peminat karya Syamsul Yusof pastinya tidak akan ketinggalan untuk memenuhi ruang-lingkup pawagam untuk memberi sokongan padu pada filem ini nanti.

Walaupun link muat-turun 'leaked' terbabit telahpun dipadam, kami berharap agar pihak Skop Production & Grand Brilliance dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang kami pasti kerja pihak dalaman juga. Apapun, anda boleh menonton trailer filem KL Gangster 2 di sini.

OHARTIS: KECEWA DENGAN SIKAP PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG SANGGUP TUANG PASIR DALAM PERIUK NASI ORANG LAIN YANG BERSUSAH-PAYAH UNTUK BERJAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan