Nuffnang

Jumaat, 11 Oktober 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Bertudung.. - Gossip Artis Malaysia

Posted: 06 Oct 2013 09:30 PM PDT

Pada: Isnin, 7 Oktober 2013 Dengar cerita, Didie Alias @Lady Gaga Malaysia akan bersedia memakai tudung. Ini disebabka sempena Hari Raya Haji Aidil Adha nanti, Didie telah terpilih untuk sebuah rancangan TV di RTM untuk satu slot telemovie bernama 'Designer DD Naik Haji' jam 10 malam, 15 haribulan nanti.

Didie juga sebenarnya bukan sahaja berhasrat untuk berlakon di dalam telemovie itu semata-mata bertudung ketika itu namun akan memakai tudung di luar set tidak lama lagi.

"Saya dah agak akan diajukan soalan sebegini kerana melakonkan watak ke arah kebaikan. Sememangnya niat itu ada dalam hati. malah keempat-empat anak perempuan saya memang berhijab,

"Sambil bekerja saya turut berfikir mengenai anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan. Malah, tidak lama lagi seorang lagi anak saya pula bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia," ujar Didie. -GUA

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Simpan Niat BerHijab - Gua.com.my

Posted: 06 Oct 2013 09:00 AM PDT

Sempena sambutan Hari Raya Haji pada minggu hadapan, Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan sebuah telefilem berjudul 'Designer DD Naik Haji' untuk tontonan umum. Satu perkara menarik tentang telefilem ini ialah, Didie Alias terpilih sebagai teraju utama. Bukan bakat lakonannya diraguinya, tetapi imej seksi pelakon ini dirasakan tidak sesuai dengan watak yang dijayakan.

"Saya dah agak akan diajukan soalan sebegini kerana melakonkan watak ke arah kebaikan. Sememangnya niat itu ada dalam hati. malah keempat-empat anak perempuan saya memang berhijab," ulas Didie ketika diminta mengulas tentang penampilannya di dalam telefilem itu.

Artis yang mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia itu bersyukur kerana suami serta anak-anaknya begitu memahami kerjayanya dan tidak mempunyai masalah dengan penampilannya ketika beraksi di pentas. Mereka memahami kerjayanya sebagai pelawak dan pelakon serta sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

Tambah Didie lagi, biarpun ada keinginan untuk berhijab, namun dia beranggapan setiap keinginan perlu disertakan dengan keikhlasan. Selain itu, Didie turut berkongsi yang dia mengurangkan aktiviti seninya untuk beberapa minggu ini bagi memantau anaknya yang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

"Sambil bekerja saya turut berfikir mengenai anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan. Malah, tidak lama lagi seorang lagi anak saya pula bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia," ujar Didie mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan