Nuffnang

Rabu, 30 Oktober 2013

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


Foto: <b>Kilafairy</b> Seronok Makan Angin Di Melbourne | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 05:00 PM PDT

Foto: Kilafairy Seronok Makan Angin Di Melbourne

OHBULAN! percaya nama Kilafairy sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri hiburan tempatan. Bermula dengan kontroversi berkenaan imej seksi yang dibawanya, kini bakat yang ada pada anak penyanyi veteran, Rohana Jalil mula mendapat perhatian produser.

Apa yang pasti, wajah Kilafairy sekarang ini semakin kerap menghiasi kaca televisyen dengan drama-drama lakonannya. Malah jika anda mengikuti perkembangan Kilafairy di laman sosial, pasti dapat melihat kesibukannya menjalani penggambaran dan aktiviti kerja yang lain.

Maka sejak tamat sesi penggambaran beberapa minggu lepas, Kilafairy dilihat tidak menunggu lama untuk memanfaatkan masa cutinya dengan melancong.

Kira-kira seminggu lalu, pelakon berbibir seperti Angelina Jolie ini telahpun terbang ke Melbourne, Australia bersama ahli keluarganya untuk makan angin.

Foto: Kilafairy Seronok Makan Angin Di Melbourne

Apa yang menarik, Kilafairy dilihat cukup bijak mengenakan pakaian yang sesuai. Walaupun cuma menggayakan fesyen yang ringkas namun pelakon ini masih mampu menyerlahkan kecantikannya dan kekal tampil menggoda.

Sememangnya imej seksi semulajadi tidak dapat dipisahkan dari Kilafairy walaupun dia pernah menyatakan ingin lari daripada imej tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto dan video Kilafairy sepanjang berada di Melbourne untuk tatapan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan