Nuffnang

Sabtu, 23 November 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> tidak akan berahsia dengan anak - Utusan Online

Posted: 18 Nov 2013 12:18 AM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Aktor kacak, Adi Putra, 32, tidak akan merahsiakan kisah kontroversinya daripada anaknya, Zara Adelia Haadi.

Jelas Adi, dia akan berterus-terang dengan Zara yang kini berusia setahun apabila tiba masanya kelak.

"Saya mahu dia tahu perkara sebenar daripada saya. Mungkin sekarang dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila sudah tiba masanya, saya akan beritahu perkara sebenar.

"Biar dia mendengar sendiri penjelasan saya daripada mendapat tahu melalui Internet atau daripada orang lain," katanya yang ditemui pada majlis Jelajah Anugerah Skrin 2013 di sini, semalam.

Sebelum ini, Adi Putra terlibat dengan kontroversi skandal melibatkan seorang wanita yang merupakan isteri orang dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

Mengulas mengenai perkembangan kontroversi itu, jelas Adi, dia masih lagi menantikan keputusan akhir mengenai perkara ini.

"Saya masih lagi berpegang kepada janji. Sekiranya keputusan itu sudah diketahui, saya akan umumkan kepada semua orang.

"Lagipun buat masa ini, perkara ini tidak menganggu kerjaya seni saya dan diri saya. Rasanya, kalau saya tertekan, pasti saya tidak hadir ke majlis yang sudah pasti ada kehadiran wartawan," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana hingga kini, dirinya masih diambil berat dan masih ada yang mahu mengambil tahu mengenai perkembangan dirinya.

"Apa yang orang nak kata itu adalah hak masing-masing. Saya tidak boleh halang. Tetapi saya bersyukur kerana sehingga kini , masih ada orang yang menyayangi diri saya," ujarnya.

Dalam pada itu, kongsi Adi lagi, dia kini dalam perancangan untuk melakukan perniagaan berbentuk barangan mandian. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan