Nuffnang

Jumaat, 15 November 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Berhijab Selepas Tunaikan Haji | Oh! Artis

Posted: 29 Oct 2013 08:46 AM PDT

ohartis-mizz-nina-bertudung-1

Penyanyi Mizz Nina yang terkenal dengan imej ranggi dan moden sebelum ini sudah pun memilih untuk berhijab sekembalinya daripada menunaikan haji di Mekah. Nina terbang ke tanah suci untuk ibadah haji bersama suaminya Noh Salleh.

Spekulasi penghijrahan Mizz Nina bermula apabila beliau banyak memuatnaik gambarnya mengenakan hijab di laman sosial Instagram sebaik sahaja pulang dari Mekah dan ia membuatkan ramai yang tertanya-tanya adakah Nina benar-benar berhijrah atau hanya sementara sahaja.

Namun, berita penghijrahan itu diakui sendiri oleh pengurus penyanyi sensasi itu bahawa Mizz Nina sememangnya sudah pun berhijab.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," ujar Joe Saiful, pengurus penyanyi itu.

OHARTIS: KAMI TUMPANG GEMBIRA DIATAS PENGHIJRAHAN MIZZ NINA. SEMOGA TERUS ISTIQAMAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan