Nuffnang

Jumaat, 27 Disember 2013

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


gambar terkini anak farid kamil dan <b>diana danielle</b> - ammboi dot com

Posted: 22 Dec 2013 06:32 PM PST

Agaknya ramai peminat Farid Kamil dan Diana Danielle ternanti-nantikan gambar anak mereka. Namun seperti yang kita ketahui, Farid dan Diana memang amat sukar untuk berkongsi wajah anak sulung mereka di laman sosial mahupun media cetak. Malah nama sebenarnya juga masih belum diumumkan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Berdasarkan beberapa sumber berita, sebelum ini Farid pernah memberitahu dia dan Diana terikat dengan perjanjian bersama sebuah stesen televisyen swasta yang berhasrat untuk menyiarkan majlis akikah si kecil itu nanti secara eksklusif. Tapi tak tahulah bila majlis berkenaan akan disiarkan.

Bagaimanapun pada hari Sabtu lepas, Farid telah memuat naik foto mereka sekeluarga dan menyerlahkan wajah bayi yang dikenali sebagai Muhammad itu dengan jelas. Walapun peminat pernah didedahkan dengan wajah anaknya itu di awal kelahiran, tetapi perkongsian kali ini lebih bermakna kerana kecomelannya semakin terserlah. Ramai pengikut Farid di laman Instagram melahirkan rasa gembira dan teruja untuk melihat lebih banyak foto wajah anaknya itu di masa akan datang.

anak diana danielle

Apa yang pasti, wajah Muhammad lebih mirip bapanya terutama di bahagian mata. Perkara itu turut diakui oleh peminat-peminat Farid sewaktu mereka meninggalkan komen pada foto tersebut. Tetapi jika diamati, ada juga iras seakan anak mat salleh pada wajah Muhammad, barangkali genetik Diana masih kuat mengalir dalam darah Muhammad.

Dibawah ada beberapa lagi foto ahli keluarga baru Farid Kamil ini. Jom …

Kredit info dan foto: Instagram Farid Kamil via Ohbulan

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan