Nuffnang

Sabtu, 11 Januari 2014

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Foto : <b>Aaron Aziz</b> Bawa Peminat Bercuti | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 18 Dec 2013 04:00 PM PST

Foto : Aaron Aziz Bawa Peminat Bercuti

Selain daripada Nora Danish, Izzue Islam dan beberapa orang lagi selebriti terkenal tempatan, Aaron Aziz juga antara artis yang rajin meluangkan masa melakukan aktiviti berfaedah bersama peminat-peminatnya.

Untuk pengetahuan anda, seminggu yang lalu pelakon kelahiran Singapura ini telah membantu sebahagian mangsa-mangsa banjir di pantai timur dengan memberi barangan keperluan seharian serta wang ringgit atas bantuan kelab peminatnya.

Dan sejak kelmarin, Aaron dan artis di bawah naungannya, Sleeq dilihat telah mengambil peluang untuk bercuti bersama peminat selama beberapa hari.

Foto : Aaron Aziz Bawa Peminat Bercuti

Menerusi foto-foto yang dikongsikan di Instagram, para peminat dan keluarga Aaron dilihat cukup seronok menikmati percutian di Hong Kong Disneyland.

Apa yang lebih menarik lagi, kedatangan Aaron dan Sleeq ke taman tema terkemuka itu turut disambut mesra oleh pihak pengurusan HK Disneyland.

Mungkin ini salah satu cara Aaron untuk mendekatkan lagi dirinya dengan peminat walaupun ada suara-suara sumbang yang mengatakan ianya salah satu cara untuk meraih undi di ABPBH 2013 nanti.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, jom tengok foto-foto dan video percutian menarik Aaron bersama keluarga dan kelab peminatnya di bawah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan