Nuffnang

Khamis, 23 Januari 2014

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


Lana Nordin digoda kekasih <b>Adira AF</b>? | CERITA KOSONGKU

Posted: 20 Jan 2014 06:22 AM PST

Lana Nordin digoda kekasih Adira AF - Dengarnya khabarnya, pelakon dan model seksi, Lana Nordin kini dikatakan sedang digoda oleh orang kuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga kekasih hati kepada penyanyi popular tanahair.

Gosip ini timbul selepas admin membaca luahan hati wartawan Utusan Malaysia, Aida menerusi ruangan gosip. Setahu admin, Adira ialah satu-satunya artis yang sedang berkawan rapat dengan orang kuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Adakah lelaki yang dimaksudkan Aida ialah kekasih Adira? Jom baca luahan penuh dari Aida di bawah dipetik dari Utusan Malaysia.

Ini kisah terbaru yang Aida dengar mengenai artis jelita Lana Nordin. Setelah kena 'kelentong' dengan Johan As'ari, Lana sekarang sedang dalam fasa digoda seseorang. 
Melalui cerita yang disampaikan sumber, lelaki yang dimaksudkan itu adalah orang kuat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh dikatakan dikenali juga.  
Mungkin terpesona dengan Lana, si lelaki gatal ini hendak cuba 'masuk' jarum, dengan mengirim mesej berbunyi menggoda. Dengan harapan Lana masuk perangkaplah tu agaknya. 
Dan, cerita ini jadi tambah menarik apabila Aida dapat tahu, cinta si lelaki orang kuat persatuan ni dengan seorang artis wanita masih lagi berjalan, belum putus.  
Soalnya mengapa dia begitu berani 'mencuba' Lana sedangkan semua peminat sudah tahu dia sedang bercinta dengan si penyanyi popular lagi meletop itu? Dasar buayakah dia?  
Bukan sekejap hubungan cinta yang terjalin di antara dia dan teman wanitanya itu tau, sudah ambil masa bertahun jugalah. Mungkin mahu berlagak hero, atau mengambil kesempatan ke atas Lana yang fikirnya memerlukan seseorang di kala ini, agaknyalah kot. Macam-macam. 
Tetapi bagi Aida, lelaki ini perlu lebih mengenali siapa Lana yang sebenar. Melihat perjalanan cinta Lana, Aida tidak fikir, dia akan mudah menerima sahaja pelawaan lelaki playboy sebegini. 
Lana takkan jadi perampas kekasih orang. Jangan fikir wanita ini mudah diperdaya dengan wajah dan hartamu wahai playboy. 
Juga, kasihanilah dengan teman wanita kau yang tidak sudah-sudah memaparkan kasih dan cintanya di laman sosial itu ketika ini. 
Nasihat Aida kepada teman wanita yang juga penyanyi popular itu, mungkin sudah sampai masanya dia menyelidik siapa sebenarnya lelaki itu. Jangan menyesal kemudian hari ya dik.

[ Artis ] Gambar <b>Adira Af</b> yang seksi dan cantik ~ Perihal Negara

Posted: 21 Dec 2013 07:35 PM PST

Adira Suhaimi atau Adira AF mengorak langkah dengan menceburkan diri dalam perusahaan produk kecantikan sendiri, Whitening Facial & Body Soap sebagai pelaburan untuk keluarga dan masa hadapan.

Namun dia tidak terlepas dari dipalit tuduhan cuba menggunakan kuasa besar kekasihnya, Sharul Nasrun yang merupakan Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia bagi memudahkan landasannya dalam bidang yang baru saja diceburi.
Adira AF turut dilihat tiba ke majlis pelancaran dan perasmian Whitening Facial & Body Soap petang tadi di Solaris Dutamas ditemani kekasihnya.

Jelasnya, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kelebihan Shahrul namun sebagai pendatang baru dalam bidang perniagaan dia akui Shahrul menjadi tempat rujukannya. Selain Shahrul sendiri memang sedia memberi tunjuk ajar dalam selok belok perniagaan.

Malah Adira AF menggunakan duit simpanan sepanjang bergelar artis untuk hasilkan produk pertama Whitening Facial & Body Soap.

"Saya tidak pernah ambil kesempatan ke atas dia. Malah dia banyak bagi nasihat sebab dia dah lama dan lebih berpengalaman"

Tambah Adira dia sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri namun baru sekarang mendapat peluang tersebut.

Ditanya dari mana timbul idea untuk menghasilkan Whitening Facial & Body Soap, jelas Adira dia sedar bertebaran gambarnya dijadikan wajah rasmi sesetengah produk. Dia sedih dan terkilan kerana ada yang tertipu sedangkan dia sebetulnya tidak menggunakan produk berkenaan. Maka dari situ datang idea untuk menghasilkan produk dengan jenamanya sendiri.

Maka sekarang sudah terjawab segala spekulasi tentang perubahan kulit Adira yang dilihat jauh berbeza berbanding di awal kemunculannya dahulu.

Sumber : rotikaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan