Nuffnang

Khamis, 23 Januari 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Soseh Soseh: Tertarik suara <b>Arja Lee</b> | Berita Malaysia

Posted: 18 Jan 2014 11:01 AM PST

Malam Khamis lalu, rakan SS dan beberapa wakil media hadir pada previu teater Jam Dinding Yang Berdetak yang menjadi pembuka tirai teater Istana Budaya (IB) pada tahun ini. Teater terbitan Revolution Stage ini berskala kecil dan dipentaskan di Lambang Sari.

Rakan tadi nyata memuji cerita ini kerana menurutnya, walaupun berbeza daripada persembahan lain yang berkonsep muzikal, teater lakonan Nadiya Nisaa, Amerul Affendi dan beberapa pelakon lagi ini tetap memikat penonton yang hadir.

Malah, ada yang menitik air mata kerana terkesan dengan lakonan pelakonnya kerana Jam Dinding Yang Berdetak mempunyai kekuatan tersendiri yang mengetengahkan tema kekeluargaan serta ketabahan jiwa wanita. Sudah tentulah penonton wanita yang hadir dapat merasai kesedihan yang ditampilkan di dalamnya.

Dalam pada itu, teater ini diselitkan dengan nyanyian iringan yang menghiasi babak awal dan pertengahan cerita ini. Ramai yang tertarik dengan suara penyanyinya yang lunak dan ala-ala 'macho', namun tidak dapat mengesan siapa gerangan si penyanyinya.


Kawan SS tadi yang sudah 'tangkap syok' dengan suara itu masih tidak puas hati kerana ingin tahu siapakah penyanyinya.


Akhirnya barulah dia mendapat tahu itu suara Arja Lee yang sekarang semakin popular berlakon di kaca TV.

Rupanya masih ramai yang terlupa selain berbakat sebagai pelakon, Arja juga boleh menyanyi dengan baik. Bahkan kalau dilihat pada latar belakang awalnya, dia pernah menganggotai kumpulan Equal Star ketika menyertai program realiti nyanyian Gang Starz terbitan TV3 pada 2007.

Antara rakannya dalam kumpulan Equal Star iaitu Riz dan Aesar sudah berjaya menghasilkan lagu sendiri dan sekarang tiba giliran Arja pula mencipta nama dalam bidang nyanyian yang sangat diminatinya.

SS difahamkan Arja kini baru merakamkan suara untuk album pertamanya yang sudah hampir siap sepenuhnya. Sumber itu turut memberitahu mungkin pelancarannya nanti akan dibuat di tempat berprestij, mana lagi kalau bukan IB.

SS memang kenal Arja seorang yang gigih mencari peluang dan mencipta nama dalam bidang yang diminatinya ini dan yakin 2014 akan memberi sinar dalam kariernya. Paling penting dia tidak mudah lupa diri dan sering menegur rakan media apabila berjumpa di mana-mana.

Apapun SS mendoakan Arja berjaya dalam kariernya dan paling penting sentiasa amalkan sikap merendah diri. Jangan nanti macam seorang artis itu, apabila sudah popular, berlaga bahu dengan orang media pun dia buat-buat tidak kenal.

SS: Menyayangi ibu mentua seperti ibu kandung sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan