Nuffnang

Selasa, 7 Januari 2014

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


Lancar Produk Kecantikan Sendiri — <b>Adira AF</b> Nafi Guna Pengaruh <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 03:01 AM PST

Tidak terkecuali seperti rakan artis lain, Adira Suhaimi atau Adira AF mengorak langkah dengan menceburkan diri dalam perusahaan produk kecantikan sendiri, Whitening Facial & Body Soap sebagai pelaburan untuk keluarga dan masa hadapan.

Namun dia tidak terlepas dari dipalit tuduhan cuba menggunakan kuasa besar kekasihnya, Sharul Nasrun yang merupakan Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia bagi memudahkan landasannya dalam bidang yang baru saja diceburi.

Adira AF turut dilihat tiba ke majlis pelancaran & perasmian Whitening Facial & Body Soap petang tadi di Solaris Dutamas ditemani kekasihnya.

Jelasnya, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kelebihan Shahrul namun sebagai pendatang baru dalam bidang perniagaan dia akui Shahrul menjadi tempat rujukannya. Selain Shahrul sendiri memang sedia memberi tunjuk ajar dalam selok belok perniagaan.

Malah Adira AF menggunakan duit simpanan sepanjang bergelar artis untuk hasilkan produk pertama Whitening Facial & Body Soap.

"Saya tidak pernah ambil kesempatan ke atas dia. Malah dia banyak bagi nasihat sebab dia dah lama dan lebih berpengalaman"

Tambah Adira dia sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri namun baru sekarang mendapat peluang tersebut.

Ditanya dari mana timbul idea untuk menghasilkan Whitening Facial & Body Soap, jelas Adira dia sedar bertebaran gambarnya dijadikan wajah rasmi sesetengah produk. Dia sedih dan terkilan kerana ada yang tertipu sedangkan dia sebetulnya tidak menggunakan produk berkenaan. Maka dari situ datang idea untuk menghasilkan produk dengan jenamanya sendiri.

Maka sekarang sudah terjawab segala spekulasi tentang perubahan kulit Adira yang dilihat jauh berbeza berbanding di awal kemunculannya dahulu. (rtky/bsr)

Gambar Oleh: Faisol Mustafa


<b>Adira AF</b> Gunakan Pengaruh Kekasih Untuk Berniaga? - SYOKBAH <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 10:25 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Adira Suhaimi atau Adira AF mengorak langkah dengan menceburkan diri dalam perusahaan produk kecantikan sendiri, Whitening Facial & Body Soap.

[GAMBAR] <b>ADIRA AF</b> Kini Lebih Cantik IMEJ BERTUDUNG <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 01:01 AM PDT

[GAMBAR] ADIRA AF Kini Lebih Cantik IMEJ BERTUDUNG | [EKSKLUSIF] 3 GAMBAR | Adira yang muncul dengan imej bertudung dalam satu program di Wangsa Melawati di sini baru-baru ini menimbulkan tanda tanya peminatnya sama ada itu adalah penampilan terbaharunya atau sekadar sementara. 
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, yang ditanya menjelaskan, penampilan bertudung itu sebenarnya ketika dia menghadiri kelas agama di bawah program Usrah Fitrah.
baca lagi & lagi GAMBAR, klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, dia mengikut kelas agama itu selepas dicadangkan oleh rakan artis, Heliza Helmi.

"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini. 
"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," 

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung. Tambah Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam. 
"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan