Nuffnang

Selasa, 7 Januari 2014

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Farid Kamil & <b>Diana Danielle</b> Mula Dedah Gambar Anak | Oh! Artis

Posted: 05 Jan 2014 08:15 PM PST

Sebelum ini pasangan romantik Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle tidak pernah mendedahkan gambar anak sulung mereka secara terbuka dan memberitahu peminat hanya dapat melihat wajah anak mereka menerusi satu program khas di TV.

Namun, nampaknya peminat tidak perlu menunggu lama. Baru-baru ini mereka berdua agak bersikap terbuka memdedahkan gambar anak lelaki yang diberi Muhammad ini di laman sosial Instagram. Malah gambar anak mereka juga turut dikongsi oleh penerbit filem terkenal Mejar David Teo.

Gambar tersebut dikongsikan ketika satu pertemuaan antara David Teo, isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle. Peminat dapat melihat dengan jelas kebahagiaan yang terpancar dalam keluarga kecil ini bersama anak sulung yang saling tidak tumpah berwajah Farid Kamil.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 4 November 2012 dalam satu majlis yang bertempat di Flamingo Hotel Ampang dan selepas 2 minggu bernikah Diana Danielle telah disahkan hamil.





OHMEDIA: SEMOGA PASANGAN INI TERUS BERBAHAGIA BERSAMA CAHAYAMATA YANG COMEL TU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan