Nuffnang

Isnin, 6 Januari 2014

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Altimet & <b>Awi Rafael</b> Lancar MV Terbaru, Kalau Aku Kaya | Portal <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2013 12:39 AM PST

Altimet & Awi Rafael Lancar MV Terbaru, Kalau Aku Kaya

Siapa makan cili, dia rasa pedas. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan tatkala mendengar lagu ini. Apa yang pasti, lagu tersebut kini menjadi siulan peminat dan pernah menimbulkan spekulasi apabila sesetengah pihak mendakwa lagu ini mempunyai unsur sindiran terhadap orang lain.

Namun, itu bukanlah penghalang bagi Altimet untuk meneruskan usahanya dalam menjayakan MV terbaru bersama Awi Rafael ini. Minggu lepas, pihak Warner Music telah memuatnaik MV rasmi Kalau Aku Kaya, dimana lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi pertama antara Altimet dan Awi Rafael.

Pada dasarnya, MV ini mengisahkan tentang kehidupan seorang manusia yang dambakan kekayaan untuk memiliki apa sahaja yang dihajati.

Awi Rafael dengan motor antiknya

Menerusi MV yang dipaparkan, konsep kaya telah diketengahkan oleh Altimet apabila dia dilihat segak memandu kereta mewah BMW manakala Awi Rafael pula tampil menunggang motor antik. 

Untuk makluman, lagu ini merupakan hasil kerjasama antara Audi Mok dan Omar K selaku pencipta manakala sentuhan lirik pula oleh Altimet.

Sebenarnya, lagu Kalau Aku Kaya terlebih dahulu dibocorkan oleh pihak pengurusan lama Altimet. Terkilan disebabkan hal itu, Altimet dan Awi Rafael sekali lagi bangkit mengolah segala perancangan sehingga terbitlah MV rasmi yang terbaru.

Apa kata anda turut serta menonton MV ini dan berangan menjadi orang kaya juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan