Nuffnang

Isnin, 13 Januari 2014

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Hadiah LLS : <b>Didie Alias</b> lembut hati beri Fizz Fairuz duit

Posted: 16 Dec 2013 10:12 PM PST


BIARPUN pelakon Fizz Fairuz mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) selepas tiga minggu berentap di pentas Liga Lawak Superstar (LLS), Didie Alias mendedahkan, pelakon drama Nur Kasih itu tetap mendapat bahagiannya (duit) selepas mereka memenangi tempat kedua pada pertandingan akhir yang berlangsung di Hulu Klang, Ahad lalu.

Kumpulan Apa Kasih Toq yang memperoleh ahli baharu iaitu Syafiq Kyle berjaya membawa pulang wang berjumlah RM75,000 manakala juara Liga Lawak Superstar pada malam itu iaitu kumpulan OMG (Sathia, Anas Riduan dan Akim Ahmad) memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM250,000.

"Fizz akan dapat duit sebab dia adalah peserta awal kumpulan Apa Kasih Toq," ujar Didie ketika ditemui usai pertandingan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Didie, bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara Syafiq untuk menyerahkan berapa banyak bahagiannya kepada Fizz nanti.

Kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh pelakon Didie, Fizz dan Kamal Adli berdepan dengan cabaran apabila Fizz mengambil keputusan keluar daripada kumpulan tersebut pada minggu ketiga.

Fizz mendakwa dirinya disingkir oleh ahli kumpulannya, namun ada sumber yang mengatakan Fizz bertindak demikian kerana mendapat jemputan oleh pihak Rafflesia menyaksikan perlawanan Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom.

Sementara itu, Syafiq mengakui tertekan mengambil alih tugas Fizz sebagai feeder dalam kumpulan itu.

"Sudah tentu saya tertekan sebab saya kena menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan Apa Kasih Toq yang jauh berpengalaman. Mujur, Didie, Kamal dan juga Fizz memberi sokongan dan tunjuk ajar," ulasnya lagi.

DIDIE Alias mewakili kumpulan Apa Kasih Toq memberitahu wang kemenangan sebanyak RM75, 000 akan diberi sedikit kepada bekas anggota kumpulan mereka, FizzFairuz yang meninggalkan kumpulantersebutbaru-baruini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejayaan kumpulan OMG, Sathia memberitahu, duit kemenangan sebanyak RM5,000 akan disalurkan kepada mangsa banjir, manakala RM10,000 pula akan disalurkan kepada rumah anak yatim.

"Baki duit tersebut pula akan dibahagikan kepada ahli-ahli kumpulan OMG. Duit yang saya peroleh pula akan digunakan sempena perkahwinan anak kedua yang bakal berlangsung pada 15 Februari nanti," ungkapnya yang berharap dapat melangkah jauh selepas kemenangan OMG itu.

Mengulas mengenai program Liga Lawak Superstar yang menguji minda dan kecerdikan pelakon-pelakon itu, Afdlin Shauki pula memberitahu, kemungkinan besar syarikat miliknya, Vision Works Sdn. Bhd. merancang untuk mengadakan musim kedua program tersebut.

Pada pusingan separuh akhir kedua Liga Lawak Superstar, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai tempat keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000.

Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar, kumpulan OMG dan Apa kasih Toq dikehendaki melakukan lima jenis permainan iaitu Mengecut, Penyanyi Berkepala Tiga, Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.

Pemenang dipilih berdasarkan 50 peratus markah juri profesional, 30 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi juri awam di studio.

Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin dan Adibah Noor. Juri profesional pula terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan