Nuffnang

Jumaat, 24 Januari 2014

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Bakal Kahwini Pelakon Indonesia? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 04:00 PM PST

Kilafairy Bakal Kahwini Pelakon Indonesia?

Jika anda sering mengikuti perkembangan Kilafairy, pasti pernah terbaca mengenai gosip cintanya dengan seorang pelakon yang berasal dari Indonesia bernama Hardy Hartono.

Difahamkan, hubungan mereka semakin mesra setiap hari dan Kilafairy juga dilihat sering berkongsi foto bersama kekasihnya itu walaupun wajah Hardy tidak ditunjukkan secara terang-terangan.

Namun apa yang membuatkan para peminat lebih teruja ialah apabila pelakon itu secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkannya sedang menghadiri kursus pra-perkahwinan semalam.

Kilafairy Bakal Kahwini Pelakon Indonesia?

Kilafairy Bakal Kahwini Pelakon Indonesia?

Menerusi respon yang diterima dari gambar tersebut, ramai peminat kelihatan gembira dan secara jujurnya tidak sabar menantikan hari bahagia Kilafairy.

Persoalannya kini, benarkah Kilafairy mahu berkahwin kerana jika tidak silap anak kepada Rohana Jalil ini pernah mengeluarkan kenyataan masih terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga.

Namun apalah daya manusia untuk menolak sekiranya jodoh mereka telah tiba, betul tak? Untuk pengetahuan anda, Hardy pernah membintangi muzik video Kilafairy berjudul Pasti sekitar awal tahun lalu.

Jika benar seperti apa yang dicanang, tahniah diucapkan dan semoga perancangan Kilafairy untuk berkahwin akan dipermudahkan.

Kredit foto: Instagram Kilafairy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan