Nuffnang

Isnin, 27 Januari 2014

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


Foto : Anak <b>Tomok</b> Persis Macaulay Culkin Waktu Kecil? | Portal <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2014 04:00 PM PST

Foto : Anak Tomok Persis Macaulay Culkin Waktu Kecil?

Pastinya ramai yang perasan sejak beberapa bulan anak sulung Tomok lahir, si kecil bernama Arrianshah Akid itu lebih mendapat perhatian peminat daripada bapanya sendiri.

Malah ramai yang mengaku mereka mengikuti perkembangan Tomok di laman sosial semata-mata untuk melihat kecomelan Arrian.

Jika sebelum ini video rakaman gelagat Arrian ditonton oleh ribuan peminat, kini gambar-gambar si comel itu pula yang sering dinanti-nantikan.

Foto : Anak Tomok Persis Macaulay Culkin Waktu Kecil?

Foto kenangan Tomok dan keluarganya di Trafalgar Square, London

Lebih menarik lagi, Tomok sendiri kelihatan tidak lokek berkongsi foto dan perkembangan terbaru Arrian bersama para peminat.

Terbaru, Arrian sekali lagi membuatkan ramai pengikut Tomok di laman Instagram jatuh cinta apabila si ayah memuat naik fotonya seorang diri di tengah-tengah kota London.

Foto : Anak Tomok Persis Macaulay Culkin Waktu Kecil?

Lengkap bergaya dengan jaket, penutup kepala dan but, Arrian kelihatan cukup seronok melihat sekawan burung merpati yang jinak di Buckingham Palace.

Malah ada yang berpendapat Arrian mirip pelakon utama filem Home Alone iaitu Macaulay Culkin sewaktu kecil. Siapa tahu, mungkin selepas ini Arrian terima tawaran berlakon drama atau iklan. Tak mustahil, kan?

Foto : Anak Tomok Persis Macaulay Culkin Waktu Kecil?

Foto : Anak Tomok Persis Macaulay Culkin Waktu Kecil?

Untuk pengetahuan anda, Tomok sekeluarga serta One dari kumpulan Sofazr dan isterinya telah bertolak ke London untuk makan angin sejak 15 Januari lalu. Buat pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto percutian mereka untuk tatapan anda.

Kredit foto : Instagram Tomok dan One Sofazr

Arrianshah Akid, anak <b>Tomok</b> yang sudah pandai berjalan (6 Gambar)

Posted: 23 Jan 2014 01:18 AM PST

Arrianshah Akid, anak lelaki pertama Tomok dan isteri yang dilahirkan pada 29 Mei 2012. Kini sudah pandai berdiri dan berjalan, cepat betul masa berlalu ye. Comel anak mereka ni.

Video: <b>Tomok</b> Bawa Anak Tengok Tomoi | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 21 Nov 2013 04:00 PM PST

Video: Tomok Bawa Anak Tengok Tomoi

Rasanya sekarang ini anak Tomok, Arrianshah Akid lebih popular daripada bapanya. Mana tidaknya, setiap kali Tomok berkongsi video atau foto terbaru Arrian, pasti ada sahaja peminat yang memuji kecomelan dan kebijaksanaan si kecil itu.

Dua hari lepas, Tomok telah memuat naik sebuah video rakaman Arrian yang kelihatan sangat teruja menonton perlawanan tomoi di Siem Reap, Kemboja.

Telatah Arrian pada ketika itu menunjukkan seolah-olah dia sedang bersorak dan seakan faham dengan situasi perlawanan tersebut.

Video: Tomok Bawa Anak Tengok Tomoi

Gelagat Arrian sewaktu menonton perlawan tomoi

Untuk pengetahuan anda, Tomok baru sahaja berlepas ke Kemboja bersama isteri dan anaknya pada 20 November lepas.

Pengalaman mereka sekeluarga sepanjang berada di negara tersebut bakal dikongsikan dengan peminat menerusi salah sebuah program travelog berjudul Destinasi Ria untuk siaran Astro Ria.

Kalau anda peminat Tomok ataupun Arrian, jom tengok beberapa keping foto percutian mereka dan video di bawah ini. Seronok betul Arrian dapat berjalan!

Kredit foto: Instagram Tomok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan