Nuffnang

Jumaat, 7 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Qi Razali Terkilan Dengan <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Gua.com.my

Posted: 03 Feb 2014 09:18 AM PST

"Saya tahu gambar tersebut merupakan babak lakonan mereka dan faham niat dia mahu mempromosikan drama lakonannya. Namun apa yang membuatkan saya terkilan kenapa dia perlu letak kapsyen gambar tersebut dengan kata-kata romantis? Perbuatannya itu mungkin akan membuatkan orang lain salah anggap mengenai gambar tersebut," ujar pengacara serta pelakon Qi Razali mengulas mengenai tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.

"Saya akui berada dalam keadaan tertekan ketika itu sehingga menjurus saya bertindak sedemikian. Ketika itu saya terkejut ditambah pula dengan tekanan daripada rakan-rakan yang mula menghantar dan bertanya mengenai perkara tersebut. Dalam keadaan sakit belakang akibat kemalangan yang dialami beberapa hari sebelum itu, ia membuat saya bertambah tertekan," kata pemilik nama Qushairi Mohammed Razali ini sambil menafikan dia melarikan diri daripada pihak media kerana mahu mengelak daripada memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Saya tidak berdiam diri, jauh sekali mahu melarikan diri daripada pihak media. Saya cuma tidak mahu memperbesarkan isu ini. Salah saya juga dan saya akui saya tidak patut keluarkan komen sebegitu. Walau bagaimanapun, saya sudah menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepadanya jika saya ada tersalah cakap. Saya hanya manusia biasa dan saya percaya dia juga bukan jenis lelaki macam itu (perampas). Apapun, saya kini sedang dalam proses untuk memahami situasi tersebut."

Mengulas mengenai hubungannya dengan Nelydia Senrose, Qi memberitahu hubungan mereka berjalan seperti biasa dan masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Menyentuh soal perkahwinan, pengacara 'Jalan Jalan Cari Makan' ini berkata dia memang mempunyai perancangan ke arah itu namun menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

"Alhamdulillah hubungan kami berdua berjalan seperti biasa. Saya ada juga berbincang dengan keluarga Nelydia kerana memang niat saya nak ke arah itu. Namun, jika ada benda yang melengah-lengahkan hubungan kami, saya anggap ia sebagai satu ujian untuk membuatkan kami agar lebih saling memahami.

Lagipun, buat masa ini kami berdua sibuk dengan kerjaya masing-masing dan kalau boleh kami mahu lepaskan Uqasha dan Pekin kahwin dahulu," kata Qi yang bakal memulakan penggambaran program travelog, 'Destinasi Bajet Asia', diikuti sebuah program masakan serta penggambaran program 'Art Attack' bagi musim keempat selepas tamat cuti Tahun Baru Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan