Nuffnang

Isnin, 10 Mac 2014

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Akulah orang ittew: <b>6ixth Sense</b>

Posted: 27 Feb 2014 10:20 PM PST



Yes, nak cakap pasal 6ixth sense ni.. tapi bukan pasal Kumpulan penyanyi tu yekkk....hehe

First of All.

Jom baca Al-Fatihah. Sedekahkan buat mereka-mereka yang tersayang.

Okeh, let's cerita.

Aku x sure benda ni kebetulan ke anugerah...ke petanda? Sebabnya aku realize benda ni time arwah wan (nenek) aku meninggal. Sebelum Wan meninggal, mata kiri aku bergerak-gerak sampai aku x selesa and siap ngadap cermin nak tengok..hehehe

Then selang a few days tu aku dapat khabar yang wan aku meninggal. And benda ni berterusan lah till now if ada sape2 yang terdekat nak meninggal. Sebabkan this year ramai yang dikeliling ku pergi meninggalkan kita di dunia ini, maka gerakan mata ni ibarat tak putus-putus sampai aku tertanya-tanya..Who Next?

Mana taknya, once mata tu bergerak kita akan dgr khabar duka selang beberapa hari. Tapi pelik sebab mata tu still bergerak. itujam kalu, ku rasa eh ni penyakit ke hape sampai tak berhenti-henti. Rupa-rupanya memang ada kematian berturut-turut selang beberapa hari je.

Memula mata gerak sebab ada orang dalam taman aku nak meninggal, then disambut ngan nenek kat kampung (bukan nenek sebenar tapi jiran kat kampung). Pastu atok sedara kat Melaka pulak yang meninggal. Then jadi lagi mata kiri tu aku dapat khabar Mak kwn aku plak meninggal (dalam Taman kat umah jugak). 

Pastu senyap, Sabtu lepas (2 weeks ago) mata aku gerak. Aku otw nak g umah kakak aku, aku cakap. Mata kiri orang ni bergerak lagi lah MAK. Hmmmmm tah sape plak ni. Sekali Isnin tu dapat berita Ayah kawan (Oya) aku plak meninggal. Terbaru, aku g melawat jiran sakit 2hari lepas. Quite nazak jugak lah, kaki dia luka summore dia ada kencing manis tapi tak pergi hospital. Masa aku pergi tu aku sempat pegang tangan akak tu, sejuk tapi berpeluh-peluh. Balik dari melawat tu around 12am cam tu. Memang pegi lewat sikit tunggu orang lelaki habis baca Yassin kat rumah akak tu. Sebelum tido tu mata kiri aku bergerak 2 kali. Aku cakap. Alamak, mata kiri orang bergerak lah, MAK. Hmmmmmmmmmm........

Semalam, aku balik keja lewat sikit sebab jalan jammed teruk. Mak aku call, dia cakap diorang semua tunggu aku nak pergi melawat lagi. Tapi aku cakap, MAK pergi lah dulu sebab orang lambat lagi ni, jammed teruk. Sampai je umah serentak dengan MAK aku, dia pon baru je balik dari melawat. Then kitorang lepak sekejap kat luar, dah nak Maghrib tu masing-masing masuk dalam rumah. Aku bukak TV, waktu Azan aku kuatkan speaker. Tak dan abih azan, Black (jiran sebelah) datang bagi salam and bagitahu yang Kak Izan tu dah tak ada lagi. Baru sat-sat jaaa...means time azan tu dia hembuskan nafas terakhir.

Innalillahiwainnailahirojiun... 

Note : Aku tak pasti benda yang aku dapat ni (mata berkelip) sebagai 1 kebetulan atau 1 anugerah? sebabnya aku rasa risau bila setiap kali mata aku bergerak. Aku risau kalau-kalau melibatkan ahli keluarga terdekat. :( ke diri sendiri ke. Ish, risau lah kan. Nauzubillah.
Aku pon risau dengan kesihatan MAK aku tu, Kaki tu tak elok-elok jugak. Gatal-gatal pon x hilang-hilang. Risau lah kot jadi apa-apa kan..hmmmmmm. Harap-harap ALLAH sudi pinjamkan MAK pada aku buat sementara waktu ni, selagi aku belom ditemukan jodoh ni. MAK tu lah satu-satunya sandaran yang aku ada atas dunia ni. :'( Tskkkk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan