Nuffnang

Khamis, 6 Mac 2014

najwa mahiaddin - Google Blog Search

najwa mahiaddin - Google Blog Search


Tamat Pengajian, <b>Najwa Mahiaddin</b> Kembang Karier di Amerika <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 02:32 AM PDT

najwa

PETALING JAYA: Selepas menamatkan pengajian di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat (AS) Mei lalu, penyanyi Najwa Mahiaddin membuat keputusan untuk mengembangkan kariernya di negara tersebut.

Najwa menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online berkata, dia tidak akan pulang terus ke Malaysia buat sementara waktu kerana sedang  mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi di AS bagi mengadakan persembahan seperti di kafe dan kelab.

"Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan di sini (AS) dan mempunyai beberapa  projek yang bakal dilakukan bersama penerbit-penerbit muzik di mana salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, gitaris dan komposer yang amat berbakat.

"Ketika belajar di Berklee, saya mempunyai beberapa kenalan yang mempunyai tujuan sama seperti saya dan kami kini sedang mengadakan beberapa siri jelajah memperkenalkan bakat masing-masing di AS," katanya.

Antara lokasi persembahan siri jelajah penyanyi itu adalah Las Vegas, Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica.

"Sebenarnya apa yang sedang saya lakukan sekarang ini adalah seperti memulakan kerjaya dari bawah dan ia bukannya mudah kerana banyak cabaran yang harus diharungi.

"Saya berasa cukup teruja dapat membuat persembahan di hadapan masyarakat di sana dan sambutannya amat menggalakkan. Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal nyanyian saya, Alhamdulillah," ujarnya

Tambah Najwa yang kini menetap di New York, dia berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan ramai individu yang berbakat luar biasa yang dikenali sejak kolej lagi dan perlahan-lahan membuat jaringan kenalan dan terus bekerja keras.

Sementara itu, Najwa turut bercadang mahu mengadakan konsert mini di negara ini selepas selesai siri jelajahnya di AS.

Kata penyanyi itu, dia terlalu merindukan peminat-peminat di Malaysia dan berharap para peminat akan menyokong sepenuhnya setiap kerja seni yang dilakukan walaupun jauh di perantauan.

"Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. InsyaAllah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai.

"Jika ada peluang pada tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan konsert mini khas buat peminat semua." tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Najwa kini sedang  dalam proses menghasilkan album  EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono dan ia  dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini.

-Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan