Nuffnang

Sabtu, 15 Mac 2014

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


liyana jasmay & baby bump - <b>shaheizy sam</b> tolak filem <b>...</b> - myartis.com

Posted: 12 Feb 2014 01:46 PM PST

Pasti ramai yang perasan sejak akhir-akhir ini pelakon Shaheizy Sam agak kurang muncul dalam filem berbanding beberapa tahun lalu. Mungkinkah zaman kegemilangan pelakon itu sudah sampai ke penghujungnya atau tiada tawaran berlakon?

Bila diajukan soalan ini, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, dia kini hanya memilih filem yang dapat membantu industri perfileman dan secara tidak langsung memberi kepuasan kepada kerjayanya.

Klik gambar untuk size besar

"Ia adalah perjuangan asal saya ketika mula-mula jadi pelakon, namun saya tidak mampu untuk melakukannya ketika itu kerana saya perlukan duit untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.

"Sekarang apabila sudah selesa, barulah saya boleh memilih untuk berlakon filem-filem yang benar-benar memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon seperti filem Songlap," katanya.

Sam berkata demikian ketika ditemui media pada pelancaran single baharunya berjudul Bangun bersama pelakon Liyana Jasmay, di Talent Lounge, dekat Petaling Jaya, Selangor semalam. Sam dan Liyana Jasmay bergabung menyanyikan lagu 'Bangun'.

"Penjiwaan watak untuk filem dan drama berbeza, lebih-lebih lagi drama bersiri, yang mana saya dapat rasakan kepuasan yang maksimum.

"Insya-Allah, selepas ini saya akan kembali beri tumpuan kepada drama terutamanya kepada drama yang mempunyai skrip yang kuat," tambah Sam.

Untuk makluman, single Bangun yang dihasilkan adalah khas buat peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kerjayanya dalam industri seni. Apa yang menarik, lirik lagu Bangun ini turut disumbangkan oleh peminat-peminat melalui kempen yang dianjurkan oleh Nescafe.

Dalam kempen tersebut, pihak Nescafe menerima sebanyak 50 ribu lirik sepanjang dua bulan kempen Nescafe On Sam berlangsung.

Liyana Jasmay dan 'baby bump'nya...

"Ini adalah kempen Malaysia. Diinspirasi, dihasilkan dan dinyanyikan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. 'Bangun' adalah sebuah lagu yang benar-benar Malaysia dihasilkan daripada kempen Malaysia on Sam, hasil inisiatif 'Kuasa orang Ramai'.

"Ia juga telah memberi inspirasi kepada pasukan NESCAFÉ untuk menghasilkan lebih banyak aktiviti yang unik dan menarik bersama rakyat Malaysia," kata Jasmmine Wong, Pengurus Eksekutif Perniagaan, minuman Nestlé Malaysia dan Singapura.

VIDEO LAGU BANGUN:

         ________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan