Nuffnang

Isnin, 14 April 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Aqasha</b> Terkejut Tercalon dalam Anugerah Seni <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2014 09:00 AM PDT

Pelakon dan penyanyi, Aqasha melahirkan rasa terkejut dan pada masa sama, bersyukur dengan pencalonan yang diterimanya dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian untuk kerjanya dalam 'Teater Kompilasi Nam Ron' arahan aktivis teater tersohor itu.

Merupakan teater lakonannya yang pertama tercalon dalam majlis anugerah berprestij, Aqasha berkata yang dia tidak menyangka namanya dapat dicalonkan sebaris dengan nama besar seperti Vanidah Imran.

"Dengan usia penglibatan saya yang masih hijau di pentas teater, tentu sekali saya terkejut apabila dicalonkan dalam anugerah sebegini. Saya berterima kasih kepada Kakiseni dan BOH selaku penganjur", ujar pelakon filem 'Embun' itu. Dua calon lain dalam kategori serupa adalah Fazleen Hishamuddin dan Soffian Bujang untuk persembahan mereka dalam teater 'Maduku Kalut'.

Kongsi Aqasha lagi, waktu Nam Ron mula-mula mendekatinya untuk menjayakan watak dalam teater itu, dia tidak terus memberikan kata putus kerana risau tidak mampu memenuhi kehendak pengarah.

"Begitupun, saya akhirnya menerima tawaran tersebut kerana saya fikir sudah tiba masanya untuk saya mencuba satu sudut lakonan yang lain. Persembahan teater seperti ini telah memberikan peluang untuk saya memperhalusi lagi mutu lakonan saya, lebih-lebih lagi dengan tunjuk ajar dari Nam Ron. Dia adalah seorang mentor yang baik dan banyak memberikan input dari sudut teknikal", terangnya.

Pada Aqasha, Nam Ron adalah nama yang besar dalam dunia pementasan teater, dan jika dia mahu menuntut ilmu teater, dia mahu belajar dengan orang yang sepatutnya.

"Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan produksi yang 100% persembahan teater, sebaliknya lebih banyak terlibat dengan muzikal seperti teater 'Rubiah' dan 'Puteri Gunung Ledang The Musical'. Apa yang seronoknya apabila terdedah dengan dunia pementasan adalah kita berpeluang bertemu dengan bakat-bakat lakonan yang hebat. Malah, saya begitu menghormati calon-calon lain yang bersaing sama dalam kategori serupa", ulasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan