Nuffnang

Rabu, 16 April 2014

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Farid Kamil</b> Tidak Pernah Puas Dengan Lakonan <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 06:44 PM PDT

"Apabila Mamat Khalid menawarkan saya membintangi filem ini untuk membawakan watak X, saya sangat tertarik. Apa yang terlintas di fikiran saya, ini adalah filem genre aksi pertama arahan Mamat. Saya tidak boleh melepaskan peluang yang diberikan," ujar Farid Kamil ketika ditanya sebab dia menerima tawaran untuk membintangi filem 'Apokalips X' yang kini sedang giat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Selain Farid, filem arahan sutradara prolifik Mamat Khalid ini turut dibintangi oleh Jehan Miskin, Adam AF, Miera Leyana, Zoey Tan dan ramai lagi. Pelakon filem '7 Perhentian' itu turut menceritakan cabarannya dalam merealisasikan watak X dalam filem 'Apokalips X' ini.

"Saya mengikut acuan Mamat sendiri. Saya harus menjadi seorang pahlawan agung dalam filem ini. Antara cabarannya adalah babak pertarungan. Seorang jurulatih sukan wushu telah menjadi koreografer bagi babak-babak pertarungan dalam filem ini dan saya menggunakan pedang untuk bertarung.

"Menggunakan pedang boleh saya katakan sebagai elemen berat yang terkandung dalam naskah ini. Pelakon-pelakon telah diberikan kebebasan untuk meneroka adegan-adegan pertarungan. Walaupun ada limitasi daripaada segi lokasi, tapi perkara itu membuatkan kami pelakon-pelakon filem ini berusaha untuk memberikan yang terbaik," ujar Farid lagi.

Ketika ditanya adakah dia berpuas hati melihat lakonannya sendiri dalam filem ini, pelakon filem 'I'm Not Single' ini menyatakan yang dia masih tidak berpuas hati.

"Sebagai seorang pelakon, kepuasan maksimum apabila melihat lakonan sendiri memang tidak pernah ada. Saya sudah memberikan yang terbaik untuk filem ini. Apa yang saya boleh katakan di sini, filem ini menyelamatkan karier lakonan saya dari segi nilai estetika. Apa yang disampaikan sangat berbeza berbanding yang lain. Filem ini merupakan sesuatu yang baru di Malaysia dan saya harap penonton di luar sana dapat meluangkan masa untuk menonton filem ini di pawagam," jelasnya lagi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan