Nuffnang

Rabu, 16 April 2014

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar <b>Fizo Omar</b> - melvister.com

Posted: 13 Apr 2014 07:39 PM PDT

Cara pakai tudung bawal gaya Mawar Fizo Omar. Tutorial atau panduan memakai tudung bawal ala fesyen tudung jenama Fareeda kini semakin popular dilaman sosial. Idea ini pada mulanya dicetuskan oleh Yunabella seorang blogger yang kini semakin dikenali ramai dengan gaya tudung tersebut. Fesyen ini sangat mudah kerana hanya memerlukan tudung bawal dan kerongsang sebagai medium utama fesyen tudung. Bukan sahaja kos yang murah, malah fesyen tudung bawal ala tudung mawar juga amat sesuai bagi remaja wanita masa kini.

Bahan Keperluan Asas

  • Tudung Bawal
  • Kerongsang Bersaiz Besar (Pastikan pin panjang)
  • Pin

Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar

1. Kerongsang bersaiz besar sebagai aksesori utama.

2. Pastikan panjang tudung depan adalah sama rata.

3. Pakai tudung bawal seperti biasa

3. Pin pada bahagian belakang tudung bawal untuk tujuan kekemasan

4. Gunakan kerongsang dan pinkan pada bahagian hujung tudung depan.

5. Lipat tudung secara menaik ke dalam pin keronsang.

6. Setelah dilipat ke bahagian atas, pin kan kerongsang tersebut.

7. Lipatan tudung biasanya akan berserabut dan memerlukan kekemasan atau sentuhan terakhir.

8. Kemaskan lipatan tudung dengan menarik kedua-dua tudung depan kebawah.

9. Selesai

10. Hasilnya adalah sangat memuaskan.

Kredit kepada: Yunabella

Tiada ulasan:

Catat Ulasan