Nuffnang

Rabu, 28 Mei 2014

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Akim</b> Ahmad Kecil Hati Dengan Astro - Gua.com.my

Posted: 22 May 2014 08:57 PM PDT

Penyanyi dan pelakon, Akim Ahmad mengakui dia berkecil hati dengan pihak produksi Astro. Ini kerana sudah hampir dua tahun dia tidak mendapat sebarang tawaran daripada produksi itu. Jelas Akim, dia berpendapat, warga produksi Astro mengamalkan kronisme.

"Saya sudah beberapa kali tidak dijemput untuk menjayakan program Raya, malah boleh dikatakan hampir dua tahun saya tidak terlibat dengan sebarang program Astro. Tidak dapat disangkal mereka mengamalkan konsep kronisme serta 'favoritism'.

Sebaliknya, stesen televisyen lain lebih banyak memberi tawaran kepada saya untuk berlakon drama serta telemovie mereka. Stesen televisyen lain nampaknya lebih banyak menyokong serta membuka ruang kepada saya baik dari segi bidang lakonan serta nyanyian," ujar Akim ketika ditemui di majlis sidang media showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai persembahan showcase yang bertajuk Hafiz & Friends, Akim menjelaskan yang dia langsung tidak terasa hati walaupun nama Hafiz lebih ditonjolkan oleh pihak pengurusan bagi tujuan promosi. Menurut Akim, rasa kecewa sama sekali tidak wujud kerana mereka merupakan sahabat rapat serta berada di Akademi Fantasia.

"Ini merupakan impian kami sejak berada dalam Akademi Fantasia lagi jadi peluang yang diberikan harus dihargai. Showcase ini sebenarnya telah lama kami rancang, bersama-sama Aril sekali. Namun, dia tidak dapat turut serta kerana komitmennya sebagai penyampai radio," ujar Akim.

Selain itu, Akim kini tampil dengan single terbarunya berjudul 'Mewangi' yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aiman. Lagu tersebut dipersembahkan oleh Akim bersama kumpulan The Majistrate yang merupakan sebuah projek band.

"Sekarang ini saya lebih banyak tampil dengan The Majistrate namun saya masih mengekalkan status sebagai artis solo. Saya kini lebih banyak terlibat dengan persembahan menggunakan alat muzik serta lebih kepada muzik 'live'," ujar Akim mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan