Nuffnang

Rabu, 28 Mei 2014

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


<b>Sara Ali</b> Tak Mahu Menyombong Lagi | MYNEWSHUB

Posted: 08 May 2014 09:20 PM PDT

MELIHAT lakonan Sara Ali di kaca televisyen, tidak dinafikan dia punyai bakat yang cukup besar.

Namun, di kalangan peminat seni hiburan, namanya tidaklah begitu menonjol dek kerana kurangnya publisiti mengenai dirinya.

Hakikatnya, ia berpunca dari sikapnya sendiri yang menyombong khususnya pada pihak media dan Sara sendiri mengakuinya menerusi GUA.

Bagaimanapun, satu kemalangan jalan raya pada 2012 telah memberi kesedaran pada dirinya sekaligus membuatkan dia mahu berubah.

Pelakon filem 'Kami Histeria' itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia fobia untuk memandu selama beberapa bulan dan sepanjang waktu itulah dia cuba menilai semula dirinya.

"Waktu itu saya masih dalam proses penggambaran filem 'Aku Histeria'. Saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius waktu itu, tapi kereta saya rosak teruk. Saya anggap tragedi itu sebagai satu petanda dari Yang Maha Esa untuk saya mula merendah diri.

"Saya sedar betapa saya telah lupa diri dan ego. Apabila tengok semula laporan dari media tentang kelakuan lama saya, saya jadi malu. Saya tanya balik diri sendiri, kenapa saya buat begitu? Ramai yang percaya kebolehan saya untuk berlakon, tapi saya sendiri memilih untuk menyombong. Akhirnya, Dia 'tepuk' saya sekali untuk saya berubah", jelasnya.

Kami tabik dengan kerendahan hatinya yang sanggup mengakui kesilapannya.

Semoga dengan perubahan ini, nama Sara akan lebih dikenali dalam industri hiburan tanahair sebaris dengan pelakon hebat yang lain.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan