Nuffnang

Khamis, 15 Mei 2014

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


mahu jumpa lisda lepas bersalin, <b>fauzi nawawi</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 24 Apr 2014 04:33 PM PDT

Seperti yang kita tahu, pelakon Sharnaaz Ahmad mahu menyelesaikan isunya dengan Lisdawati. Namun Sharnaaz katanya mahu menunggu selepas aktres itu bersalin. Menurut Sharnaaz dia enggan mengulas lanjut dan mengatakan bahawa dia mahu menunggu sehingga Lisda selesai melahirkan anaknya.

Bagaimanapun tindakan Sharnaaz itu tidak disenangi oleh suami Lisda yang merupakan pelakon dan juga pengarah, Fauzi Nawawi. Menurut Fauzi, tindakan Sharnaaz itu langsung tidak logik.

fauzi nawawi dan sharnaaz ahmad

"Tidak ada logiknya mahu menunggu selepas isteri saya bersalin, kerana sama ada dia bersalin atau pun tidak, dia berada dalam keadaan sihat walafiat. Isteri saya hari ini pun terbang ke Sarawak. Masa Lisda menunaikan Umrah pun, dia sihat. Kesihatan bukan alasan, jika dia mahu berbincang secara baik, bukan untuk bergaduh, perkara tersebut tidak akan mempengaruhi kesihatan isteri saya. Selepas saya pulang dari Umrah, saya tonton semula kenyataan yang dia berikan menerusi YouTube. Saya kecewa dengan dia kerana sepanjang penglibatan saya dalam industri hiburan, belum pernah lagi ada pelakon herdik atau tengking seorang perempuan mengandung. Saya hanya bertindak untuk melindungi isteri saya," jelas Fauzi dipetik portal GUA.

Dalam pada itu, Fauzi sekali lagi menegaskan yang dia melakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti dan bukan disebabkan oleh Sharnaaz.

"Sudah banyak kali saya jelaskan, tujuan saya lakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti. Tujuan saya lakukan perkara tersebut adalah untuk membawa isteri saya, pergi hospital, di bahagian kecemasan, untuk memeriksa kandungan isteri saya. Dia membawa satu nyawa dalam kandungannya. Itulah saya tunggu selama bertahun-tahun, kerana saya dapat tahu isteri saya mengandungkan anak lelaki. Itu sudah tanggungjawab saya untuk lindungi isteri dan anak saya. Saya buat laporan polis bukan sebab Sharnaaz. Tidak kiralah siapa pun yang buat, saya tetap akan buat laporan. Tapi, kenapa Sharnaaz? Apabila perkara ini terjadi artis sesama artis, saya kalau boleh tak mahu panjangkan cerita. Industri kita tidak besar mana. Sepatutnya kenyataan yang dibuat di media, saya yang lebih melenting, tapi saya hanya bertindak tenang, malah dia yang menunjukkan kemarahan dirinya," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan