Nuffnang

Khamis, 15 Mei 2014

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


<b>jue aziz</b> sudah berkahwin dengan gitaris dari <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 11 May 2014 08:13 PM PDT

Lama juga tidak dengar cerita mengenai pelakon jelita, Jue Aziz. Kalau sebelum ini beliau hangat juga dengan kisah anak angkat dan juga dikaitkan sebagai punca penceraian Rita dan Aidil. Namun semua itu sudah berlalu. Tup tup, timbul pula gosip menerusi laporan sebuah akhbar, yang mengatakan Jue Aziz sudah bernikah dengan seorang gitaris kumpulan DV8 dari Indonesia iaitu Bayu Daniels.

Sudah tentu ramai yang terkejut dengan pendedahan berkenaan. Apatah lagi tanpa ada apa-apa berita, majlis dan mereka dilaporkan sudah berkahwin.

jue aziz dan bayu daniels

Menerusi portal beautifulnara.com pula, Bayu dan Jue Aziz banyak berkongsi gambar menerusi laman Instagram peribadi milik mereka untuk tatapan peminat. Menariknya bersempena Hari Ibu semalam, Bayu Daniels telah berkongsi gambar di atas dengan caption, "Happy mothers day cinta @jueaziz_22 ..wish u always be a good mother for our kids :* God bless u always…Amin".

Manakala menerusi Metro Ahad semalam, Jue dikatakan kadangkala membawa Bayu ke lokasi penggambaran dan memperkenalkan jejaka tersebut sebagai suaminya kepada para krew.

jue aziz dan bayu daniels bernikah

Mungkin sudah tiba masanya untuk Jue Aziz tampil dan mengesahkan berita gembira ini. Pasti ramai peminat Jue yang teruja untuk mengetahui kebenaran berita perkahwinannya. Apa pun, kalau benar-benar sudah mendirikan rumahtangga dengan Bayu Daniels, jutaan tahniah diucapkan. Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan