Nuffnang

Sabtu, 17 Mei 2014

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> beraksi panas pakai mini skirt paras peha dan dada <b>...</b>

Posted: 14 May 2014 05:46 PM PDT

Fouziah Gous beraksi panas pakai mini skirt paras peha dan dada - Sebelum ini Fouziah Gous pernah menjadi perhatian peminat gara-gara berkongsi foto romantik dengan suami, Md Zhafran ketika sedang melakukan latihan YOGA.

Perkongsian pelakon itu tidaklah begitu mengundang kontroversi memandangkan mereka sudah berkahwin dan mempunyai hubungan halal. Mungkin sebab baru berkahwin pada September tahun lalu maka pasangan ini sedang mengecapi kebahagian dalam hubungan suami isteri, tak gitu?

Baru-baru ini, seorang individu tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan gambar wajahnya dengan mengedit menjadi gambar seorang wanita seksi yang hanya memakai skirt paras peha dan dada. Penulis akui amat terkejut dan tidak percaya wanita dalam gambar itu ialah Fouziah kerana banyak kesilapan edit dibuat pada bahagian wajah.

Menerusi laman Instagram, Fouziah telah memuatnaik foto yang diedit itu untuk memberitahu kepada peminat bahawa wanita dalam gambar tersebut bukan dirinya. Beliau turut menyertakan caption berbunyi terkejut namun sempat memuji kecantikan badan wanita berkenaan.

"Woweee... sexy babehh.. i must say thank to who eva done this.. effort tu penting ye. Atlez dapat la imagine kalau warna rambut n pakai gini apo ruponyooo.. hodoh ruponyooo... good job. Confirm menang body cantik tuk EH ni baik punya .lol @abidinkhairul n the geng hahhaaa..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan