Nuffnang

Rabu, 14 Mei 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2014 07:40 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2014 07:14 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 07:22 PM PDT


Forteen masih dibayangi <b>KRU</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 07:02 PM PST


TIDAK keterlaluan jika dikatakan, kehadiran kumpulan yang mempertaruhkan vokal sebagai tonggak utama dalam memperjuangkan nyanyian dan muzik dilihat semakin berkurangan jika hendak dibandingkan dengan lambakan band-band Indie di negara kita.
Bagaimanapun, situasi tersebut dilihat semakin tenat apabila kumpulan-kumpulan ini gagal untuk tampil dengan identiti baharu yang lebih segar. Lebih memburukkan keadaan apabila kumpulan tersebut dibayangi oleh sebuah kumpulan yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Fenomena tersebut boleh disimpulkan melalui kemunculan album EP (extended play) oleh kumpulan Forteen berjudul Kita - EP. Album yang mengandungi enam buah lagu ini terlalu tepu dengan 'bayangan' KRU sehingga menenggelamkan konsep asal kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue) itu.
Lagu-lagu seperti Kita, Dikau Sahaja dan Berdua Bersatu merupakan antara rendisi Forteen yang kedengaran mirip KRU. Tidak lari daripada komposisi yang biasa didengar, ketiga-tiga melodi trek tersebut kedengaran seperti dikitar semula. Kulit album juga direka sama seperti album KRU sebelum ini berjudulKrunomena.
Dari segi vokal, album ini boleh dikatakan selamat oleh kehadiran Ariz dan One yang menyanyikan hampir kesemua bahagian pada setiap lagu. Hanya sebuah lagu sahaja yang dibawa secara solo oleh Izzue iaitu Tidak Pernah Berjumpa.
Entah di mana silapnya, percubaan pertama empat orang anak muda ini kurang memberangsangkan. Sebagai album debut, kekuatan vokal yang dipersembahkan lemah dan pengolahan lagu-lagu dalam EP ini terlalu mendatar.
Album ini tidaklah gagal. Mungkin ia merupakan buah tangan yang sangat dinantikan oleh para peminat. Cuma lain kali, cuba lari daripada apa yang telah dilakukan KRU sebelum ini. Pendengar mahukan Forteen, bukan kumpulan KRU versi remaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan