Nuffnang

Jumaat, 16 Mei 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Mahu Bersemuka Selepas Lisdawati Bersalin | Oh <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2014 11:17 PM PDT

ohmedia-sharnaaz-ahmad-1

Tidak selesai lagi isu pergaduhan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati yang pernah menjadi kecoh tidak lama dulu. Kini Sharnaaz memberi tahu bahawa dia ingin bersemuka dan menyelesaikan isu pertengkarannya dengan dengan aktres yang sarat mengandung itu selepas Lisdawati selemat bersalin tidak lama lagi.

Menurut Sharnaaz, 29, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menjejaskan kesihatan Lisdawati yang sarat mengandung anak ketiga itu.

"Sebolehnya, pertelingkahan saya dengan dia biarlah berlalu. Cuma, sekarang, saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya memang tak suka bercakap pasal orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya!

"Tapi saya memang akan selesaikanlah sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat!," jelas Sharnaaz.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan.

BACA: Lisdawati Buat Laporan Polis Kerana Diserang & Dimaki Sharnaaz Ahmad

Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan.

OHMEDIA: SEELOKNYA PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA BAIK. TIDAK PERLU DIPANJANGKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan