Ning Baizura - Google Blog Search |
| <b>Ning Baizura</b> Pinta Jangan Kontroversikan MVnya - Gua.com.my Posted: 21 Jan 2014 10:31 AM PST Single terbaru penyanyi Ning Baizura, 'Bukan Wanita Sempurna' kini sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan. Muzik video lagu tersebut telah disiarkan di laman YouTube baru-baru ini. Namun begitu, muzik video ini menampilkan sedikit kelainan dari segi penceritaan. Mengisahkan mengenai sepasang suami isteri, apa yang selalu kita lihat, suami akan berlaku curang kerana berhubung dengan wanita lain. Namun begitu, video muzik 'Bukan Wanita Sempurna' memaparkan si suami curang dengan isterinya kerana berhubungan dengan lelaki lain. Menemui Ning di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya sempena dengan majlis Chit Chat Bersama Ning Baizura pada Isnin, Ning menjelaskan yang muzik video tersebut merupakan amaran kepada kaum wanita di luar sana. "Perkara tersebut merupakan suatu realiti yang terjadi di masa kini. Ini menjadi amaran buat kaum wanita di luar sana, seandainya perkara itu terjadi kepada mereka. Tujuan video klip ini bukanlah untuk mempromosikan kehidupan songsang dan sebagainya, tapi apa yang cuba dikupas adalah perkara yang benar-benar terjadi dalam kehidupan seharian manusia dan pengajaran di sebalik cerita tersebut," jelas ibu kepada Ryan Sky Dalton ini. Muzik video ini diilhamkan oleh kisah benar. Menurut Ning, pengarah muzik video tersebut, Zul Ardhia yang berasal dari Indonesia mengenali seorang wanita yang jalan hidupnya sama seperti apa yang dipaparkan dalam muzik video ini. Sebelum menjalani penggambaran muzik video ini, Ning mendedahkan yang dia berasa gementar dengan jalan cerita muzik videonya ini. "Pada mulanya, apabila saya mendengar jalan cerita muzik video ini, saya terus risau. Dalam hati saya, biar betul? Tapi apabila saya berjumpa dengan pengarah muzik video ini, dia menjelaskan mengenai apa yang tersirat di sebalik cerita yang cuba disampaikan. Bila saya amati semula, baru saya faham mengapa," tutur pelantun lagu 'Awan Yang Terpilu' ini. Tambah Ning, dia berharap agar muzik video lagu terbarunya tidak dijadikan kontroversi ataupun isu kerana apa yang cuba disampaikan oleh muzik video tersebut adalah pengajaran dan kisah di sebalik apa yang berlaku, bukannya untuk mempromosikan kehidupan songsang. |
| <b>Ning Baizura</b> Nafi Sokong Hubungan Songsang - MyNewsHub.My <b>...</b> Posted: 22 Jan 2014 01:12 AM PST Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu. Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia. Memetik portal Murai, Ning berkata, "masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju". "Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu," ulasnya lagi. Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya. Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut. "Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," katanya. Baca di sini: Video: Suami Ning Baizura Curang Dengan Lelaki? Oleh: AUDREY LEE Ning Baizura Nafi Sokong Hubungan Songsanghttp://mynewshub.my/2014/01/22/ning-baizura-nafi-sokong-hubungan-songsang/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/NING.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/NING-150x150.jpg myArtisTerkinimyArtis,Penyanyi,selebritiBagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu. Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video... Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu. Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia. Memetik portal Murai, Ning berkata, "masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju". "Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu," ulasnya lagi. Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya. Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut. "Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," katanya. <span style="color: #ff0000;">Baca di sini:</span> <a href="http://mynewshub.my/2014/01/15/video-suami-ning-baizura-curang-dengan-lelaki/#.Ut-QlhAZ7IU" target="_blank">Video: Suami Ning Baizura Curang Dengan Lelaki</a>? Oleh: <strong>AUDREY LEE</strong> Author MNHsocialmynewshub@yahoo.comEditorMyNewsHubLalalala..Hari-hari kerja! Bosan dengan kerja... Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini. Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan. Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'. Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..". Inikah makna sebenar kerja pada kita? Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita. Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?". Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi cikgu!". Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan. Niat Kerana Allah Pencetus Semangat Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..". Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam". Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW, "Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la) Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan. Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang. Dugaan Semasa Bekerja Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita. Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini. Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan! Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengulat' selama satu minit sahaja. Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah. Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan. Kerja Sebagai Ibadah Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas. Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah. Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT, "Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10) Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah. Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda! |