Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2012

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


<b>Dafi AF</b> Jadi Artis Eksklusif Trans TV Indonesia | Berita Harian Dot My

Posted: 05 Feb 2012 06:36 AM PST

dafi

KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Dafi melebarkan sayapnya dalam bidang seni apabila dipilih sebagai artis eksklusif stesen televisyen, Trans TV di Indonesia selepas dia mengikat kontrak dengan stesen TV itu pada 13 Januari lalu.

Difahamkan anak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ini mengikat kontrak bersama Trans TV selama setahun sebagai wajah eksklusif atau talent untuk bahan siaran di saluran TV tersebut.

"Sejak dilantik sebagai artis eksklusif itu, saya kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual kerja yang telah disusun. Saya bukan sahaja akan meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian tetapi juga berlakon di sana," ujarnya.

Peluang yang diraih oleh Dafi itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana tidak ramai artis Malaysia yang diterima baik dalam dunia hiburan Indonesia dan dia antara yang bernasib baik selepas Ashraf Sinclair yang kini terkenal sebagai pelakon di sana.

Credit –mynewshub.my

You can leave a response, or trackback from your own site.

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Aqasha & <b>Intan Ladyana</b> Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 06:23 PM PST

Kisah Cinta Dua Darjat Versi Moden Dalam Telemovie Blueberry Café Lakonan Aqasha Dan Intan Ladyana di TV1

Pengaruh plot cerita yang mengangkat kisah cinta sememangnya memiliki tempat di hati penonton. Apatahlagi bila mengangkat jalan cerita kisah cinta antara pasangan kekasih yang berbeza latar belakang dan darjat.

Kali ini giliran pelakon Aqasha dan Intan Ladyana pula mengambil tempat hadir membawakan watak utama kisah percintaan antara dua darjat berbeza menerusi drama terbaharu bakal disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Blueberry Café pada 26 Februari (Ahad), jam 10.00 pagi di TV1 yang turut dibantu oleh Zaibo, Norlia Ghani, Mustapha Kamal dan Jasmin Hamid.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Telemovie ini berkongsi kisah Melati bekerja sebagai pelayan di sebuah café kecil, Blueberry Café. Melati seorang gadis yang berperwatakan menarik, lucu, sinikal dan lincah. Dalam bidang akademik, Melati tidaklah begitu cemerlang tapi dalam hidup dan pergaulan, Melati seorang gadis yang bijak dan matang.

Menyedari dalam bidang akademik dia tidak begitu berjaya, Melati berazam untuk memajukan dirinya dalam bidang berniagaan. Dia bercita-cita mahu memiliki francais café dengan konsepnya sendiri di masa depan.

Melati sebenarnya boleh dikatakan anak orang berada. Ayahnya, Che Rose seorang pemborong ikan yang berjaya. Nama Che Rose tidak sepadan dengan orangnya kerana Che Rose adalah seorang lelaki yang gemuk, buncit, selalu berpeluh, kelam-kabut dan selekeh. Ini berbeza sama sekali dengan perwatakan Melati yang cantik dan menarik.

Namun kehidupan Che Rose bersama anaknya Melati sangat sederhana. Mereka tinggal di rumah kampung tepi laut yang biasa-biasa saja. Kehidupan mereka sangat sederhana, Walaupun ayahnya berjaya dalam bidang hasil laut, tapi Melati lebih berminat dalam bidang restoran dan tetap bekerja di Blueberry Café dengan gaji kecil walaupun selalu ditentang oleh ayahnya.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Satu malam, ketika mahu menutup Blueberry Café, dia didatangi oleh seorang pemuda bernama Ben. Melati terpaksa juga melayan pelangan terakhirnya itu dengan minuman Mocha panas dan kek Blueberry yang menjadi kesukaan Ben. Di Blueberry Café itulah perkenalan Melati dan Ben bermula dan cinta mereka berputik. Ben selalu datang ke Blueberry café sebagai pelangan yang terakhir setiap malam.

Ben ialah anak tunggal kepadaTan Sri Bakhtiar. Bakhtiar dan isterinya Rosnah terlalu mengongkong hidup Ben. Mereka yang membuat segala keputusan untuk Ben samada dalam bidang pelajaran, teman wanita dan aktiviti sosial. Ben tertekan dengan sikap ibubapanya yang terlalu mengawal hidupnya sehingga tiada ruang kebebasan. Jiwa Ben kosong dan sunyi.

Ben cemerlang dalam bidang akademik dan seorang pelajar yang pintar. Dia anak yang baik, sentiasa menurut perintah dan tidak pernah membantah apa saja kemahuan orang tuanya walaupun prinsipnya selalu bertentangan, Sikap Ben selepas dia bertemu Melati. Cinta membuatkan Ben tekad mengejar kebebasan untuk memilih. Melati yang mulanya enggan menerima cinta Ben, akhirnya tertawan dengan kesungguhan dan keikhlasan Ben menyintainya.

Akhirnya Tan Sri Bakhtiar mendapat tahu tentang hubungan Ben dan Melati lalu berusaha memisahkan mereka dengan rancangan untuk menghantar Ben menyambung pelajaran di Harvard. Tan Sri Bakhtiar menganggap gadis pelayan seperti Melati tidak layak berada di sisi anaknya.

Kisah antara dua darjat berulang. Bagi Bakhtiar, Melati hanya mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarganya. Bakhtiar juga menghina Che Rose yang dianggap cuba menjual anak. Che Rose terluka dengan kata-kata penghinaan itu.

Lalu bagaimanakah penghujung kisah cinta mereka? Saksikan telemovie Blueberry Café di TV1.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Intan Ladyana & Kamal Adli di ABPBH2010
  • Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG
  • Gambar Jehan Miskin dan Intan Ladyana Dalam Drama Suria Kasandra
  • Intan Ladyana Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010
  • Gossip Kontroversi Gambar Bogel Intan Ladyana; Bukan Gambar Betul?
  • Gossip Intan Ladyana dan Kevin Zahri Berpisah?
  • Gambar Intan Ladyana di Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Kamal Adli di Karpet Merah ABP 2009
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambit Saifullah - Google Blog Search

    Gambit Saifullah - Google Blog Search


    <b>Gambit Saifullah</b> &#39;Merajuk&#39; Dengan Bidang Lakonan? | Berita <b>...</b>

    Posted: 27 Feb 2012 07:31 AM PST

    Kongsi di FB

    gambit saifullah Gambit Saifullah Merajuk Dengan Bidang Lakonan?

    Pelakon @ Hero Karipap-Karipap Cinta iaitu Gambit Saifullah dikatakan 'merajuk' dengan bidang lakonan dan mahu berhenti dari terus melakukan perkerjaan itu gara-gara berasa kecewa dengan cara kerja industri tempatan. Karipap-Karipap Cinta menjadi filem lakonan terakhirnya selepas filem itu tidak mendapat sambutan dan hanya memperoleh sejumlah angka yang tersangat kecil bagi sebuah filem.

    Gambit juga berkata, selepas filem lakonannya yang terakhir, Karipap-Karipap Cinta pada tahun lalu, dia menolak banyak tawaran yang diterimanya. Apa kata Gambit dan mengapa tindakan ini diambil?

    "Diakui, banyak tawaran lakonan yang saya tolak sejak kebelakangan ini. Bukannya apa, saya kecewa dengan cara kerja sesetengah produksi yang dilihat seperti kurang berminat untuk berkarya.

    "Yelah, apabila kita bersungguh-sungguh dalam kerja, daln orang lain tidak, ia membuatkan hasil kerja akan kurang memuaskan.

    "Selain itu, saya juga mula memilih skrip. Cukuplah dengan apa yang saya buat selama ini, kini saya lebih selektif,"

    Bagaimanapun Gambit bukanalh merajuk seperti yang disangka, Gambit sekadar mahu berehat seketika dan berharap penerbit-penerbit tidak menganggap dirinya terus hilang dari persada seni tanah air.

    Memandangkan pelakon ini berehat seketika, dia sedang sibuk dengan penerbitan rancangan pelancongan bersama penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat.

    Sementara itu, ditanya adakah dirinya masih lagi meletakkan harga yang tinggi jika ditawarkan berlakon memandangkan dia sering dikontroversikan dengan masalah harga, Gambit masih lagi dengan pendiriannya yang mempunyai harga yang tersendiri.

    "Saya mempunyai prinsip yang tersendiri dan rasanya tidak salah untuk seorang pelakon 'demand'.

    "Tetapi biarlah ia berbaloi dengan hasil kerja yang diberikan. Saya faham ada sesetengah artis yang tidak kisah dengan tawaran yang diterima.

    "Bagi saya, biarlah seorang pelakon mempunyai standard harga, sesuai dengan kerja yang dilakukan," ujarnya.

    lg share en Gambit Saifullah Merajuk Dengan Bidang Lakonan?

    Post Lain Yang Patut Dibaca

    Read Also

    <b>Gambit Saifullah</b> Merajuk | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan <b>...</b>

    Posted: 26 Feb 2012 08:43 PM PST

    kerja-cash

    kerja-cash

    jiraiya-sama

    erisya-spa

    erisya-spa

    erisya-spa

    vimax

    perfumeberry

    wuuhuuonline

    1 step to become a great reader:
    1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
    There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

    Hantar ke Twitter! | Bookmark Share


    Gambit Saifullah nampaknya sudah nekad untuk berhenti rehat seketika dari berlakon. Jika anda perhatikan selepas lakonan terakhirnya di dalam 'Karipap-karipap Cinta' tahun lepas, tidak kelihatan sudah Gambit di persada lakonan. Bukan tiada tawaran untuknya, tetapi Gambit sendiri yang menolaknya kerana kecewa. Merajukkah Gambit?

    "Banyak tawaran lakonan yang saya terima. Tetapi saya tolak kerana saya kecewa dengan cara kerja sesetengah produksi. Mereka seperti kurang berminat untuk berkarya."

    "Memang kecewa apabila kita bersungguh-sungguh dalam kerja tetapi orang lain membuahkan hasil kerja yang kurang memuaskan. Mulai sekarang saya mula akan memilih skrip. Saya akan jadi lebih selektif."

    Adakah kerana filem berkenaan tidak mendapat sambutan langsung, Gambit yang juga boleh berbahasa spanish ini, mahu berhenti berlakon?

    Menolak dakwaan dia berhenti dari lakonan, Gambit berkata dia berehat sebentar sahaja kerana sibuk dalam penerbitan rancangan pelancingan bersama penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat. Wah, Apex. Maklumlah orang famous. Mesti ada banyak pelbagai tawaran.

    Jika kita ikuti kisah Gambat ini, di antara kontrovesi mengaitkan dirinya adalah tentang bayaran yang diminta. Gambat tetap dengan pendiriannya untuk meminta harga yang bersesuaian.

    "Saya ada prinsip tersendiri. Saya demand untuk hasil kerja yang bakat diberikan. Bayaran biarlah berbaloi. Saya fahamlah, ada artis yang tidak kisah tentang bayaran yang diterima tetapi sebenarnya lagi bagus jika seseorang pelakon itu mempunyai standard harga yang sesuai untuk kerja yang dilakukannya."

    Gambit ni memegang 'Private Pilot Licence (2011)' , 'Diploma in Mechanical Engineering (2005)' , 'Diploma in Automotive Engineering (2005)' dan punya kerjaya lain. Jadi tiada masalahlah kalau tidak berlakon iya tidak? Tapi menjadi seorang pelakon ni merupakan batu loncatan untuk mendapat nama dan tempat di persada dunia glamor ni.

    Jika difikirkan lakonan memang bukannya mudah. Memang memerlukan 100% penumpuan. Lagi-lagi masa menunggu dan berlakon memang tidak memberi ruang untuk membuat perkara-perkara lain. Semuga Gabat terus berlakon dengan baik dan insyaaAllah semua itu rezeki Allah.

    OH ARTIS: LUPAKAN KISAH LALU. BUKA CERITA BARU. HURM..KALAU BOLEH JUAL WAJAH SAHAJA DALAM LAKONAN KAN BEST TAPI SAYANGNYA TIDAK!

    Yuna - Google Blog Search

    Yuna - Google Blog Search


    PREMIERE: <b>Yuna</b> - Live Your Life (Original + King Britt Remix <b>...</b>

    Posted: 28 Feb 2012 01:43 PM PST

    PREMIERE: Yuna - Live Your Life (Original + King Britt Remix)

    I've been waiting four long years for a song to trump Estelle's "American Boy." Today, finally, Yuna has delivered. Produced by Pharrell, her new single, "Live Your Life," has a melodic sway that permeates the body as soft vocals blend perfectly with a disco bass line and smooth synths. And, yes, extra bonus time is here with the premiere of a bubbly, dance-ready King Britt remix. Yuna's debut US EP, Decorate, will be released on FADER Label March 15 followed by a full-length album later this year.


    Comments

    <b>Yuna</b> Bytes #1 : SAYS Front Page - SAYS.my Blog

    Posted: 23 Feb 2012 10:03 PM PST

    Hey guys,

    Today we just launched a new homepage for SAYS :D
    Previously, we received feedback from you guys on further enhancements of the user experience.

    Our team considered every feedback we got from all of you and worked on molding a whole new experience on the front page .

    Now you'll be able to see the different features on SAYS arranged for your convenience,

    • NEWS:REMIX : See the latest remix everyone's talking about & it's top contributors & broadcasters. Join them in the list! :)
    • Social Recommendation : See how many people are sharing the same stuff you like
    • Social Good : See how many big hearts we have supporting NGOs & social causes & spread the word together!

    This is just the beginning guys, there's a whole lot more to come & here's a sneak peek just for you…

    This is going to be awesome. Let us know what you think! :D

    Zul Huzaimy - Google Blog Search

    Zul Huzaimy - Google Blog Search


    <b>Zul Huzaimy</b> tak dapat watak jahat | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

    Posted: 27 Jan 2011 06:39 PM PST

    SEAWAL promosi filem Haq terbitan KasihDia Pictures tahun lalu, ramai sudah memperkatakan mengenai watak Bad, lakonan Adi Putra yang beraksi panas dengan Zahra (Nanu Baharudin).

    Fakta menarik pada majlis previu filem itu malam kelmarin, watak Bad juga sebenarnya turut menjadi idaman Zul Huzaimy yang memegang watak Haq. Namun, sebaik saja produksi memulakan sesi latihan, watak Bad diserahkan kepada Adi Putra.

    Kata Zul Huzaimy, sebaik saja mendapat skrip filem itu, dia begitu inginkan karakter Bad yang berdengki dengan saudara lelakinya sendiri kerana memiliki kuasa luar biasa. Cemburu dan berasakan dirinya tidak disayangi keluarga, Bad kemudian melarikan diri. Kepulangannya, bagaimanapun menimbulkan seribu satu persoalan apabila dia juga memiliki kuasa luar biasa.

    "Saya sukakan perjalanan cerita Haq. Awalnya saya minta produser untuk melakonkan watak antagonis itu, namun dia tidak setuju. Mungkin mereka rasa saya selalu membawakan watak sedemikian dan ada baiknya saya menjadi Haq. Sebagai pelakon, sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat melakonkan watak yang begitu kuat pada pandangan saya," katanya.

    kumpulan KRU - Google Blog Search

    kumpulan KRU - Google Blog Search


    Lisa Surihani Sah Milik Yusry <b>KRU</b>

    Posted: 23 Feb 2012 04:00 AM PST

    berita | Tempatan

    Teks oleh Syafiqah Jalal

    Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

    Foto oleh cahayafotografik

    PUTRAJAYA, 23 FEBERUARI: Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

    Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.

    Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

    Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

    Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

    Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

    Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

    Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

    Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

    Diana Danielle - Google Blog Search

    Diana Danielle - Google Blog Search


    SELUAR DALAM DAN AYAM HIDUP UNTUK <b>DIANA DANIELLE</b> <b>...</b>

    Posted: 28 Feb 2012 09:38 AM PST

    Apa kes ni? Kisah ini kalau sekali fikir, rumit. Agak kelakar pun yer. Tapi awas!, ianya boleh jadi serius dan agak menakutkan. Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri dan di psiko…

    Memetik laporan di akhbar Utusan hari ini, seorang gadis berusia 20-an, mengalami trauma sejak beberapa minggu lalu berikutan menerima kiriman misteri-nota tertulis ayat-ayat cinta juga sampul surat berisi sehelai seluar dalam lelaki. Ironinya, kiriman nota itu ditujukan kepada pelakon popular Diana Danielle. 
    Menurut mangsa yang enggan dikenali, pada mulanya dia menerima sampul surat yang mengandungi nota berbentuk hati tertulis nama 'Diana Danielle', dua minggu lalu. Kiriman tersebut yang dihantar ke rumahnya di Wangsa Maju. Oleh kerana bimbang akan keselamatannya, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
    Namun pada Rabu lalu, gadis yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta ini menerima satu lagi sampul surat berisi sehelai seluar dalam lelaki dan sekeping nota tertulis, Kepada Diana Danielle daripada peminat setia.
    Mangsa berkata, semasa memeriksa peti surat rumahnya semalam, dia dikejutkan lagi apabila menerima satu sampul surat mengandungi bekas cermin mata, gelang dan dua keping gambar lelaki Melayu, selain nota tertulis Kepada Pang Chinn Fei, I Love You, pukul 11.30 pagi.
    Pada pukul 6.30 petang pula, sekali lagi 'kejutan' untuknya apabila menerima sebuah beg yang digantung di pagar rumah mengandungi tiga ekor ayam hidup.



    Dia yang baru berpindah ke rumah itu sejak lima bulan lalu bersama keluarganya, kini trauma selepas empat kali menerima kiriman misteri itu. 
    Kes masih lagi dalam siasatan dan difahamkan pihak polis belum dapat mengaitkan kejadian tersebut dengan ugutan jenayah.

    Peminat <b>Diana Danielle</b> ditahan – Perak Today

    Posted: 27 Feb 2012 09:12 PM PST

    PEMINAT misteri yang sering mengganggu kehidupan seorang wanita dengan menghantar nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei, akhirnya ditahan polis tengah hari, semalam.

    Lelaki berusia 33 tahun itu adalah jiran mangsa dan ditahan di rumahnya di Wangsa Maju jam 1 tengah hari.

    Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, lelaki yang telah beristeri dan mempunyai empat anak itu mendakwa, mangsa mirip Diana Danielle yang dikenali sejak kecil.

    "Dia juga mendakwa selalu berhubung dengan mangsa melalui Twitter, malah 'artis' berkenaan berbalas pesanan di Twitter menyebabkan suspek mengambil keputusan untuk mengenali mangsa," katanya.

    Beliau berkata, tiga ayam hidup yang dikirim suspek kepada mangsa adalah sebagai hadiah kepada artis pujaannya itu.

    "Suspek dipercayai mengalami tekanan selepas dibuang kerja. Kami masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

    - SINAR HARIAN