Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


SELUAR DALAM DAN AYAM HIDUP UNTUK <b>DIANA DANIELLE</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 09:38 AM PST

Apa kes ni? Kisah ini kalau sekali fikir, rumit. Agak kelakar pun yer. Tapi awas!, ianya boleh jadi serius dan agak menakutkan. Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri dan di psiko…

Memetik laporan di akhbar Utusan hari ini, seorang gadis berusia 20-an, mengalami trauma sejak beberapa minggu lalu berikutan menerima kiriman misteri-nota tertulis ayat-ayat cinta juga sampul surat berisi sehelai seluar dalam lelaki. Ironinya, kiriman nota itu ditujukan kepada pelakon popular Diana Danielle. 
Menurut mangsa yang enggan dikenali, pada mulanya dia menerima sampul surat yang mengandungi nota berbentuk hati tertulis nama 'Diana Danielle', dua minggu lalu. Kiriman tersebut yang dihantar ke rumahnya di Wangsa Maju. Oleh kerana bimbang akan keselamatannya, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
Namun pada Rabu lalu, gadis yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta ini menerima satu lagi sampul surat berisi sehelai seluar dalam lelaki dan sekeping nota tertulis, Kepada Diana Danielle daripada peminat setia.
Mangsa berkata, semasa memeriksa peti surat rumahnya semalam, dia dikejutkan lagi apabila menerima satu sampul surat mengandungi bekas cermin mata, gelang dan dua keping gambar lelaki Melayu, selain nota tertulis Kepada Pang Chinn Fei, I Love You, pukul 11.30 pagi.
Pada pukul 6.30 petang pula, sekali lagi 'kejutan' untuknya apabila menerima sebuah beg yang digantung di pagar rumah mengandungi tiga ekor ayam hidup.



Dia yang baru berpindah ke rumah itu sejak lima bulan lalu bersama keluarganya, kini trauma selepas empat kali menerima kiriman misteri itu. 
Kes masih lagi dalam siasatan dan difahamkan pihak polis belum dapat mengaitkan kejadian tersebut dengan ugutan jenayah.

Peminat <b>Diana Danielle</b> ditahan – Perak Today

Posted: 27 Feb 2012 09:12 PM PST

PEMINAT misteri yang sering mengganggu kehidupan seorang wanita dengan menghantar nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei, akhirnya ditahan polis tengah hari, semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu adalah jiran mangsa dan ditahan di rumahnya di Wangsa Maju jam 1 tengah hari.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, lelaki yang telah beristeri dan mempunyai empat anak itu mendakwa, mangsa mirip Diana Danielle yang dikenali sejak kecil.

"Dia juga mendakwa selalu berhubung dengan mangsa melalui Twitter, malah 'artis' berkenaan berbalas pesanan di Twitter menyebabkan suspek mengambil keputusan untuk mengenali mangsa," katanya.

Beliau berkata, tiga ayam hidup yang dikirim suspek kepada mangsa adalah sebagai hadiah kepada artis pujaannya itu.

"Suspek dipercayai mengalami tekanan selepas dibuang kerja. Kami masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan