Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


<b>Adam AF</b> Kini Boleh Ubati Penyakit Misteri Setelah Mendalami <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 12:00 AM PST

Adam AF mengakui dia sekarang sudah mampu merawat beberapa penyakit misteri selepas mendalami ilmu perubatan Islam berkenaan sejak dua tahun lalu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, berkata, kebolehan itu membuatkan dia merancang untuk membuka sebuah klinik perubatan Islam di sekitar Kuala lumpur tidak lama lagi.

"Selain penyakit sihir, saya juga boleh merawat pesakit darah tinggi dan kencing manis.

"Alhamdulillah, setakat ini rawatan penyakit asas sudah boleh saya lakukan. Banyak lagi ilmu perubatan Islam yang harus saya pelajari. Namun saya merancang untuk membuka klinik sendiri dalam masa terdekat ini," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, tambah Adam, dia berharap agar masyarakat tidak tersalah tafsir mengenai rawatan yang dilakukan kerana ia bukanlah syirik di sisi Islam ataupun mahu menjadi bomoh.

Sebaliknya teknik rawatan yang dibuat mengikut garis panduan berpandukan kitab Al-Quran selain berdoa kepada Allah.

"Ada yang beranggapan, mengubat penyakit sihir adalah syirik tetapi harus diingat perubatan saya tidak menggunakan kaedah memakai tangkal atau memanggil makhluk halus kerana cara itu sudah dikira menduakan Allah," tuturnya.

Dalam pada itu, Adam juga menegaskan perubahan yang berlaku terhadap dirinya yang lebih bersifat Islamik sejak kebelakangan ini bukan bermaksud dia sudah berhijrah, namun ia adalah sebahagian tanggungjawabnya sebagai umat Islam yang pernah lalai sebelum ini.

"Saya harap orang luar tidak menganggap perubahan diri ini sebagai satu penghijrahan, sebaliknya ia ada adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam yang harus diamalkan sejak dahulu lagi.

"Pada mulanya, saya berjumpa dengan Ashraf Muslim menerusi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendalami ilmu agama. Kemudian saya memecahkan cabang ilmu itu kepada mempelajari hal-hal perubatan Islam pula.

"Alhamdulillah, setakat ini saya cuba memperbaiki kelemahan saya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

"Dan sebagai manusia biasa, biasalah, lebih dekat kita mahu mendekati diri kepada Allah, lebih banyak dugaan yang muncul. Bagaimanapun saya cuba mengharunginya dengan baik," tuturnya yang bakal muncul album solo terbaru berkonsepkan balada pada tahun depan.

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Gambar &#39;Baby Bump&#39; <b>Diana Danielle</b> Yang Makin Besar | mediasiber

Posted: 17 Apr 2013 08:42 PM PDT


(VIDEO)Gambar 'Baby Bump' Diana Danielle Yang Makin Besar | Pelakon Farid Kamil yang singgah di Australia baru-baru ini sempat berkongsi video menerusi akaun Keek mengenai perkembangan terbaru isterinya, Diana Danielle yang melanjutkan pelajaran di sana.

Menerusi video yang berdurasi selama 36 saat itu, jelas kelihatan 'baby bump' Diana yang semakin membesar dari sehari ke sehari.

Kalau diikutkan, sudah masuk lima bulan usia kandungan pelakon cantik itu.
Mungkin video ini dapat mengubat sedikit kerinduan peminat Diana terhadap dirinya.

Pasangan sama cantik sama padan itu diijab kabulkan pada 3 November lalu dan majlis repsepsi telah diadakan di Kuala Lumpur dan Kedah yang merupakan kampung halaman Farid Kamil.


Related Post

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


30 Foto Perkahwinan <b>Suki OIAM</b> & Jeremy Chong | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 08:45 PM PST

Semua peminat sedia maklum penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu,' Suki Low atau lebih mesra disapa sebagai Suki OIAM telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan ini turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis.

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat pasangan tersebut. Selepas upacara memotong kek, 120 buah belon telah dilepaskan ke udara sebagai lambang simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai.

Beberapa minit lalu, Suki telah memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada Sunnysan Photography.

Jom layan foto Suki & Jeremy Chong selepas ini.

Sumber : Facebook Suki Low

Tags: , , , , ,

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


"Dia Cukup Istimewa Buat Saya" - <b>Zizan Razak</b> | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 09:55 PM PDT

ohartis-zizan-razak-sambut-harijadi-2

Semalam bersamaan 15 April berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun yang ke-29 Pelakon Komedi Popular, Zizan Razak. Majlis itu diadakan khas oleh peminatnya Zizan Twitter Family (ZTF).

Salah seorang teman media memberitahu bahawa Zizan menerima hadiah Iphone 5 daripada seseorang yang istimewa yang turut dipanggilnya "Sayang". Apabila disoal tentang panggilan itu, Zizan mengakui bahawa panggilan itu hanya ditujukan pada seseorang yang disukainya.

"Panggilan sayang itu ditujukan kepada orang yang saya suka. Buat masa sekarang kami masih dalam proses saling mengenali. Perkenalan kami baru juga lebih kurang tiga bulan lalu." Jelasnya.

"Cukup untuk saya katakan, dia telah membuka hati dan mata saya untuk memandangnya bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga. Kiranya, dia cukup istimewa buat saya." Akur Zizan.

ohartis-zizan-razak-sambut-harijadi-1

Walaubagaimanapun, Zizan juga mengakui bahawa perhubungannya dengan gadis bertuah itu masih lagi diperingkat awak dan sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing untuk ke peringkat yang lebih serius. Zizan juga turut merancang untuk menamatkan zaman bujangnya di usia 30 iaitu tahun depan.

OHARTIS: BAGUS LA TU, DAH SAMPAI MASA ADA SURI HARI DAH TU. HARAP-HARAP DAPAT TENGOK ZIZAN PULAK NAIK PELAMIN TAHUN DEPAN. INSYAALLAH.

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Penonton Mula Bosan Dgn Lakonan <b>Scha Alyahya</b>? | buahmulut.com

Posted: 25 Mar 2013 11:33 PM PDT

Pelakon mana yang tidak risau andaikata suatu hari nanti penonton akan mula rasa muak dengan gaya lakonan mereka yang sama sahaja sejak dari awal pembabitan mereka dalam bidang ini.


Scha Alyahya  - Awan Dania

Lantas pasti setiap pelakon itu mahu mencuba pelbagai watak untuk mengelak dilabelkan sebagai artis yang tidak versatil. Hal ini diakui sendiri oleh Scha Alyahya yang akui begitu risau dengan pandangan penonton tentang lakonanya. Apatah lagi wataknya sebagai Dania dalam Awan Dania The Movie tidak banyak beza dengan lakonanya sebelum ini.

Jelasnya "Sebenarnya Scha risau juga dengan penonton yang akan mula rasa bosan dengan watak yang sama Scha bawakan sejak dari dulu. Sebab tu kalau bleh Scha mahu bawa watak yang lain dari kebiasaan yang pernah dilakonkan."

"Tapi hal macam ni sebenarnya tidak memberi apa-apa tekanan juga bagi diri Scha sebab jika fikir secara positif selagi orang suka dan happy itu dah cukup bagus."

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Pelakon <b>Nur Fathia</b> & Abang Ensem Digandingkan Di Sisipan DotCom

Posted: 30 Mar 2013 09:00 AM PDT

Nur Fathia & Abang Ensem

Teruja!!

Itulah perasaan yang mampu aku gambarkan tatkala wajah ensem aku dipaparkan di sisipan DotCom semalam. Turut diketengahkan di sisipan yang sama, tak lain tak bukan pelakon meningkat naik Nur Fathia Abdul Latiff yang berkongsi kisah tentang pengalaman beliau sebagai gadis litar F1 satu masa dulu.

Aku, as usual dengan topik pelaburan hartanahnya walaupun subjek yang diketengahkan semalam agak ringan jika dibandingkan dengan artikel mahu pun kisah-kisah yang dipaparkan di media cetak sebelumnya. Apa yang menariknya dalam minggu yang sama juga, wajah aku turut tercetak di akhbar Kosmo! di bawah tajuk Sinopsis Buku "Jangan Baca Buku Ini" (JBBi). #BajetRetis

Ternyata nampaknya rezeki aku turut murah apabila beberapa panggilan telah aku terima samaada untuk projek JV memandaikan anak muda terhadap pelaburan hartanah mahu pun ingin bersekongkol sebagai pengedar buku JBBi aku. Semoga rezeki sebegini akan berterusan untuk tempoh masa yang lebih panjang lagi, insyaAllah.

Apa pun, ucapan terima kasih aku kepada wartawan Kosmo! dan  Utusan Malaysia di atas peluang yang diberikan kepadaku walaupun sebenarnya, ada ramai lagi yang lebih berhak memegang title 'Pakar Pelaburan Hartanah' itu.

AE : Harap-harap takde siapa la yang menggossipkan aku dengan Nur Fathia ni walaupun ada yang kata kami ni nampak 'sekufu'.. hehehe.

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2013 10:30 AM PST


<b>Arja Lee</b> mahu jadi penyanyi

Posted: 16 Dec 2012 06:00 PM PST

[unable to retrieve full-text content]"Untuk lagu itu pun saya sudah melakukan yang terbaik dengan rencah bukan melakukan apa yang kita sendiri suka, tetapi apa yang orang mahu," kata Arja Lee. Bidang nyanyian bukan asing buat Arjee Lee kerana ...

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Dec 2012 10:02 AM PST


TAHNIAH, AZMEER DAN <b>ARJA LEE</b> TERIMA IJAZAH SARJANA <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 11:00 PM PDT

Tahniah, Azmeer dan Arja Lee Terima Ijazah Sarjana Muda USM | Tahniah diucapkan kepada komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik manakala pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli, 29 menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) dalam Majlis Konvokesyen ke-46 USM pada Jumaat lepas.

Azmeer yang ditemani isteri Azira Azid dan dua anak perempuan mereka, Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran dan beliau merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Arja pula berkata, ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepadanya dan keluarga. Katanya selepas ini dia akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Omar Osman (tengah) mengucapkan tahniah kepada pelakon Arja Lee (kiri) dan komposer Azmeer selepas majlis konvokesyen USM ke-46 di sini, pada Jumaat. Mereka merupakan antara 534 orang penerima ijazah pada upacara konvokesyen USM.

Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. USM berharap usaha ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara. (Sumber mStar Online)

CARIAN BERKAITAN

  • azmeer kemalangan (16)
  • hadiah konvokesyen untuk perempuan (15)
  • hadiah konvokesyen untuk lelaki (13)
  • hadiah konvo untuk lelaki (6)
  • gambar orang dapat ijazah (6)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN