Semalam MH sempat berbual dengan Alyah mengenai tangannya yang membengkak kerana tersilap mengambil suntikan vitamin C. Lalu sebentar tadi MH Online menghubungi penyanyi lagu 'Kisah Hati' itu untuk mendapatkan penjelasan. Katanya;

"Semalam Alyah ada mengambil suntikan vitamin C tapi kerana suntikan yang diberikan tidak mengenai urat, menyebabkan tangan Alyah membengkak dan kemerahan. Bimbang atas apa yang berlaku, Alyah segera mendapatkan rawatan susulan. Alhamdulillah, pagi tadi bengkak tersebut telah pun surut dan beransur pulih. Terima kasih buat semua yang mengambil berat mengenai kejadian yang menimpa diri Alyah," ujarnya ringkas.

Bercakap mengenai perkembangan seninya, Alyah kini sedang mencari beberapa buah lokasi untuk merakamkan klip video single terbarunya yang berjudul 'Pesananmu'.