Nuffnang

Khamis, 26 Januari 2012

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Adeep sertai <b>kumpulan</b> <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 09:16 PM PDT

Posted by admin on September 2nd, 2011

Dunia hiburan menyaksikan semakin ramai artis tanah air yang meninggalkan kerjaya mereka untuk berdakwah di jalan Allah termasuklah Adeep (gambar) iaitu salah seorang anggota kumpulan The Fabulous Cats yang mengambil keputusan itu baru-baru ini.Ketua kumpulan The Fabulous Cats, Cat Farish berkata, dia akur dengan pilihan Adeep yang keluar daripada kumpulan empat anggota itu sebelum bulan Ramadan yang lalu kerana menyertai sebuah kumpulan dakwah tabligh di sekitar ibu negara.

"Saya hormati keputusan Adeep itu kerana ia lahir daripada hatinya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Mungkin sudah sampai masanya Adeep memilih haluan hidupnya yang baru dan saya lepaskannya dengan hati yang terbuka.

"Kali terakhir Adeep mengadakan persembahan dengan The Fabulous Cats ialah sebelum bulan puasa yang lepas iaitu di Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur. Sejak saat itu, kami semakin jarang bertemu dengannya," katanya sewaktu ditemui tempoh hari.

Pada pertemuan selepas pratonton filem Hantu Bonceng lakonan Cat Farish yang diarahkan oleh Ahmad Idham itu, dia memberitahu dengan ketiadaan Adeep The Fabulous Cats kini dianggotai Wani, Zizi serta Cat Farish sendiri.

Menurut Cat yang juga merupakan seorang penyanyi, pelakon dan komposer, dia tidak patah semangat dengan ketiadaan Adeep, sebaliknya akan berusaha mencari pengganti temannya itu dalam waktu yang terdekat ini.

"Saya difahamkan sejak keluar daripada The Fabulous Cats, Adeep sering berada di sebuah masjid di Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama-sama kumpulan tabligh yang disertainya. Kami berdoa agar dia akan lebih tenang dan berjaya dengan perjuangan barunya itu.

"Bagaimanapun, pada masa sama kami mungkin akan mengadakan satu sesi uji bakat bagi mencari pengganti Adeep. Ini kerana, perjuangan The Fabulous Cats dalam muzik hip hop dan R&B tetap akan diteruskan," ujarnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan