Nuffnang

Sabtu, 28 Januari 2012

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Pelakon <b>Noorkhiriah</b> tenang setelah bertudung

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkata jiwanya amat tenang setelah bertudung. Malah, dalam aspek karier lakonan pun tak banyak yang berubah. Ujarnya, tawaran untuk membintangi drama, telefilem mahu pun sitkom masih tidak berkurangan dan syukur di atas segala rezeki ditentukan Tuhan.

"Apapun, saya tetap kena akur bahawa tawaran watak diterima cukup terhad sejak bertudung. Watak baik dan komedi masih banyak diterima, cuma antagonis sudah tiada lagi. Terasa rindu jugalah untuk melakonkan watak jahat kerana tak semestinya bertudung saya hanya sesuai dengan watak baik saja.

"Olahan watak bagi saya boleh dipelbagaikan. Bagaimanapun, saya cukup terjua menjayakan telefilem Amarah Hawa arahan Azma Aizal Yusof yang turut dibintangi Rusdi Ramli dan Sharifah Amani. Ia nyata watak mencabar kerana saya memikul peranan sebagai penceramah wanita yang disegani ramai. Bahkan, saya sering membicarakan perihal rumah tangga. Namun, di sebalik ceramah diungkap itu saya sebenarnya adalah mangsa keganasan rumah tangga.

Menyentuh soal filem pula, Noorkhiriah berkata, tawaran ada diterimanya tetapi sebaik memaklumkan dia kini sudah berhijrah menutup aurat, maka watak itu sudah tidak sesuai untuknya. Menurutnya, dia langsung tidak berasa ralat kerana yang penting baginya berlaku jujur pada diri dan bercakap benar.


"Rezeki ada di mana-mana asalkan terus berusaha. Justeru, tak dapat berlakon filem pun tidak mengapa. Ini kerana, saya juga tidak menyimpan harapan besar untuk beraksi di layar perak. Bagi saya, rezeki berlakon drama, telefilem dan sitkom sudah memadai. Jadi, tidak perlulah bersikap tamak.

"Apapun, saya sudah amat bersyukur kerana ketika belum bertudung dulu pernah juga membintangi beberapa filem. Cukuplah dan sekarang berlakon untuk siaran televisyen pun OK. Malah, saya juga nekad takkan membuka tudung ini semata-mata untuk melakonkan sesuatu watak itu," katanya.

Sudah bertudung sejak beberapa bulan lalu, masih ramai yang tidak mengetahui penghijrahan Noorkhiriah itu. Kata pelakon air mata ini, masih ramai yang terkejut dengan penampilan barunya dan tak kurang juga memberikan maklum balas positif. Ujarnya, dia juga tak peduli pada pandangan orang.

Katanya, apa yang penting dia tahu tindakan penghijrahan itu sangat tepat. Usia makin meningkat dan sekarang pun sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua anak. Jadi, sampai bila harus berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan. Ini untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga juga.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan