Nuffnang

Isnin, 23 Januari 2012

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: <b>Tiz Zaqyah</b> Ditipu Peminat Sendiri, Kerugian <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2011 09:19 AM PST



Belum selesai lagi kes Fizo Omar yang dianiaya, timbul satu lagi insiden penipuan baru yang melibatkan pelakon cantik Tiz Zaqyah. Tiz mendakwa telah ditipu oleh seorang ahli kelab peminatnya yang menguruskan percutiannya bersama 35 orang peminat ke Perth, Australia.
"Kejadian ini langsung tidak saya duga. Saya tolak tawaran berlakon semata-mata mahu bercuti bersama peminat."
Program bercuti dinamakan Percutian Cik Qyah yang dirancang sejak Mac lalu sepatutnya bermula kelmarin sehingga Ahad ini, bagaimanapun ia menjadi igauan buat semua peserta rombongan apabila mereka terkandas di lapangan terbang dan menyedari ditipu pada saat akhir.

Tiz berkata, program itu diuruskan seorang daripada ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) membabitkan pembayaran keseluruhan lebih RM60,000 selepas setiap peserta dikehendaki membayar RM1,700 dan RM1,900.




"Saya hampa, kesal serta bersimpati dengan ahli kelab peminat dari Brunei dan Singapura semata-mata turut serta percutian ke Perth. Namun, kami ditipu perunding percutian yang juga ahli TZR FC sendiri.
"Ia bukan isu kecil kerana membabitkan wang dalam jumlah banyak sehingga kami buat laporan polis. Saya tidak boleh komen apa-apa ketika ini dan menyerahkan kepada polis," katanya lagi.
Melalui Facebook rasmi beliau, Tiz Zaqyah sudah mendedahkan wajah dan identiti individu yang bertanggungjawab. Beliau di kenali sebagai Kak Sherry (Sarimah) di kalangan ahli kelab peminat Tiz Zaqyah. Anda terjumpa atau mengenali wajah WANTED ini? Hubungi Tiz Zaqyah disini.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan