Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Peminat Tuduh <b>Shila Amzah</b> Pembunuh!

Posted: 30 Jan 2012 10:50 PM PST

KUALA LUMPUR – Seorang peminat yang menggunakan nama samaran @kami_anti (kami anti Shilaamzah) menimbulkan kekecohan di lama sosial twitter apabila menuduh penyanyi jelita, Shila Amzah sebagai pembunuh.

Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, dia membuka akaun itu semata-mata mahu meluahkan perasaannya dan serta merta menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kematian rakannya.

"Aku buat Twitter niw c0z nak luahkan apa yang aku rasa!

"Shila Amzah pembunuh!

"Sbb kaw kawan aku mati!!

"LW kwn aq mati, bergaduh c0z Shila! Walaupun dulu aq mnat dia," kata peminat tersebut di laman Twitter itu.

Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh!
Bagaimanapun, Shila Amzah yang sedih dengan tuduhan itu hanya menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi golongan artis dan tidak mahu mengambil serius terhadap kenyataan yang cuba mencalarkan imejnya.

"I wonder banyak betul masa nak create accounts haters for me :).

"I'm feeling so down," kata Shila yang juga merupakan anak kepada penyanyi, ND Lala.


Kesedihan penyanyi yang diminati ramai itu bagaimanapun mendapar perhatian para peminatnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan memujuk penyanyi lagu popular 'Patah Seribu' itu.

"Don't be like that dear. U can face dis. U r very talented artist =)," komen peminat @nora_cougar.

"Why? Just ignore je haters tu… Always pray 4 ur succes…," kata mr_ikhwaan pula kepada penyanyi pujaannya itu.

Shila Amzah merupakan antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan berjaya memukau ramai peminat dengan persembahannya membawakan lagu Beribu Sesalan bersama Ning Baizura serta Jaclyn Victor yang mempersonakan baru-baru ini.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan