Nuffnang

Sabtu, 11 Februari 2012

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


GAMBAR KEKASIH BARU <b>HAFIZ AF</b> 7

Posted: 07 Feb 2012 02:57 PM PST

Baru-baru ini beberapa laman blog hiburan telah memapar gambar Hafiz Af7 bersama seorang gadis yang dikatakan  kekasih barunya.Sekaligus peminat beranggapan bahawa Hafiz sudah menemui penganti kekasih lama iaitu Adira Af8.Namun lain pula kata Hafiz,dia menafikan bahawa gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet itu bukan teman wanitanya.Sebaliknya adalah kawan rapat.


Gambar Kekasih Baru Hafiz af7 KEKASIH BARU HAFIZ AF 7?

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.

Gambar Kekasih Baru Hafiz af7 1 KEKASIH BARU HAFIZ AF 7?

"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.

Sumber petikan temubual dari -mstarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan