Nuffnang

Sabtu, 11 Februari 2012

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


Sensasi Winnie K & <b>Suki</b> | SimplySiti Zone

Posted: 21 Jan 2012 10:00 AM PST


Cetak Artikel Cetak .
E-mel Rakan Emel Rakan .
Sensasi Winnie K & Suki
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2012/01/22
pix_gal0
Suki selami semangat Tahun Naga

ESOK Tahun Baru Cina akan disambut meriah bagi keturunan Tionghua di negara kita. Bersempena Tahun Naga itu juga, B'POP menggandingkan Suki, 22 dan Winnie K, 31, yang diakui nama mereka cukup dikenali di kalangan masyarakat Melayu dalam persada seni suara di negara ini.
Cuba melawan arus, tiada langsung baju warna merah yang sering menjadi simbolik bagi perayaan berkenaan digayakan mereka. Merah menurut kepercayaan orang Cina mewarnai semua perkara yang menjurus kepada tuah, kebaikan, perkahwinan, kelahiran, musim bunga, pengambilalihan perniagaan sehinggalah revolusi dikenakan kedua-duanya.
Sekalipun tanpa warna merah, semangat Suki dan Winnie tetap ceria di depan kamera dengan dua persalinan. Mood persalinan pertama mengenakan pakaian tradisional Cina, Cheongsam diakui agak lambat sedikit membuatkan mereka sebati di depan kamera.

Barangkali momentun kedua-duanya belum panas lagi biarpun masih pernah bertemu muka sebelum ini. Namun, mood mereka ternyata berubah serta merta untuk persalinan moden. Winnie dan Suki pantas mencipta keserasian sekali gus memudahkan tugas jurufoto.

Kehadiran mereka juga secara kebetulan datang dengan isi cerita menarik yang mahu dikongsi bersama peminat. Suki seperti biasa akan menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang di kampung halamannya di Seremban, Negeri Seremban., manakala Winnie meraikannya di ibu kota.

Pemilik nama penuh Low Sook Yee ini akui nampak gembira menceritakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Ungkapnya sambil berseloroh, acara wajib baginya setiap kali menjelma Tahun Baru Cina ialah makan, makan dan makan.

"Buah limau dan kuih bakul antara kegemaran saya. Paling seronok dapat bersama-sama keluarga untuk makan besar mengumpulkan semua ahli keluarga. Bapa saya akan masak pelbagai menu istimewa terdiri dari ikan, sup, ayam dan banyak lagi. Semestinya bahagian ini yang sentiasa ditunggu-tunggu ramai.

"Ibu pula akan menyediakan pencuci mulut. Tahun ini yang jadi bertambah seronok ialah kakak saya dari Hong Kong akan pulang bersama anaknya. Saya pula jenis yang suka melayan budak. Paling seronok, saya masih menerima angpau kerana masih belum berkahwin. Kalau saya sudah kahwin, sayalah yang kena beri angpau pula," katanya yang turut merakam kembali lagu Warisan dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad bersama Aizat dan Lorence Soosai.

Suki sempat diusik dengan persoalan mengenai sisi peribadinya. Ternyata Suki tak berahsia dan terbuka dalam menceritakan hal kekasih. Kekasih yang dikenali sejak tiga tahun lalu itu sebenarnya merangkap pengurusnya juga iaitu Jeremy Chong.

"Kalau ada yang tanya mengenai hal ini, saya akan cakap yang betul. Sepanjang saya berdepan kesusahan termasuk masalah dengan Galaxy, dia banyak memberi bantuan dan sokongan. Saya lebih selesa bekerja dengan orang yang boleh dipercayai sepertinya," katanya yang boleh dihubungi menerusi laman sesawang, www.sukionline.com, www.facebook.com/iamsukilow, www.twitter.com/SukiLow dan www.youtube.com/user/sukilowmusic.

Mengintai sisi kerjaya seninya, Suki yang juga juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama terbitan 8TV ini sedang dalam rangka menghasilkan album ketiganya yang keseluruhannya memuatkan lagu Melayu selepas album Finally/ Akhirnya dan album Mandarin, Ladies Night.

Sudah empat lagu siap dirakam dan berbaki empat lagi yang dalam proses pemilihan. Buat permulaan, lagu ciptaan Ajai dan liriknya oleh Jeremy Chong berjudul Terlalu Mencintaimu itu pernah dirakam Alyah dengan menggunakan judul Pusara Kasih tetapi difahamkan ia terperap begitu saja kerana beberapa masalah.

"Sekalipun saya sudah agak lama tidak muncul dengan album berbahasa Melayu (selepas Finally/Akhirnya) dan memberi perhatian untuk album Mandarin di Taiwan, masih ada peminat bertanya saya mengenai kemunculan kembali dengan album lagu Melayu.

"Memang pada mulanya saya sendiri berhasrat untuk bergilir-gilir menghasilkan album Melayu dan Mandarin. Tetapi biasalah setiap yang kita rancang tak selalunya menjadi seperti diingini. Buat permulaan album ketiga saya ini dijangka berada di pasaran Mei atau Jun ini.

"Besar kemungkinan album ketiga ini hanya akan diedarkan secara online selain menumpukan muat turun secara digital. Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat saya sendiri, Infi8 Dreams yang ditubuhkan sejak Julai tahun lalu," katanya yang tampil dengan imej segar berambut pendek sejak tahun lalu lagi.

Sekitar 2010 ketika sibuk mencuba nasib melebarkan legasinya di Taiwan termasuk menghasilkan album Ladies Night, Suki sebenarnya turut berpeluang mencuba nasib berlakon drama di sana berjudul The Gift yang turut disiarkan di Astro Shuang Xing (saluran 324).

Peluang itu diperluaskan menerusi syarikat Galaxy Music Sdn Bhd selepas Suki tidak lagi bersama pengurusan 8 Unit. Malahan, Suki selain membikin album turut diberi pendedahan mengenai pembentukan imejnya. Bagaimanapun selepas sekian dua tahun setengah bersama syarikat berkenaan Suki melihat nasib dan kerjaya seninya seperti diperkotak-katikkan.

"Saya dan pengurusan Infi8 Dreams dalam proses menyaman syarikat itu atas paksi Misrepresentation atau salah nyata yang digunakan dalam terma undang-undang. Mereka cakap ada pengalaman dalam pasaran muzik di China tetapi sebaliknya. Mereka janji macam-macam tetapi tiada langsung hasilnya. Saya sendiri sudah melaburkan RM367,575.15 kepada Galaxy untuk memastikan perancangan menembusi pasaran China mampu sukses.

"Tapi bayangkan selepas album kedua dipasarkan di negara kita, saya masih tertunggu-tunggu strategi dan perancangan seterusnya daripada mereka," katanya yang masih menunggu keputusan lanjut daripada mahkamah berhubung isu terbabit.

Winnie K duta pakaian dalam

WINNIE K pula tanpa berselindung mengharapkan tuah Tahun Naga untuk bertemu Mr Right. Akui penyanyi lagu Kau Ada Di Mana itu, sudah lama dia mengharap dipertemukan dengan jejaka idaman sekali gus berdoa supaya ia menjadi kenyataan tahun ini.

"Usia saya pun bukanlah makin menurun. Siapa yang tak nak berkahwin dan hidup bahagia. Saya sendiri mengharapkan semua itu dan benar-benar mahu berkahwin tahun ini," ungkapnya membuka bicara.

Seperti Suki, Winnie juga melihat sambutan Tahun Baru Cina sebagai pesta makan. Jelas Winnie lagi, ada kalanya setiap kali beraya, tuntutan kerja masih cuba dipenuhi. Ada kalanya, dia terikat dengan undangan membuat persembahan selain menjadi tetamu undangan untuk beberapa program TV.

Ketika fotografi ini berlangsung pun, Suki sibuk dengan rakaman latihan beberapa program Tahun Baru Cina termasuk Dragon Festival Concert 2012 di TV2. Mujur pula sesi latihan diadakan di Angkasapuri, RTM dan berdekatan dengan Balai Berita. Untuk program berkenaan, Winnie bergandingan dengan Kelvin Lau sebagai pengacara dan turut membuat persembahan.

"Kalau tak ada komitmen kerja, saya akan tumpukan masa Tahun Baru Cina ini bersama keluarga di samping emak, sepupu, kakak dan anak saudara. Cuma bapa saya sudah 13 tahun meninggal dunia dan kami sudah biasa beraya tanpanya.

"Setiap kali perayaan ini datang, saya sering disogokkan dengan pelbagai makanan enak yang membuatkan saya sendiri jadi rambang mata. Kuih tradisional yang dipanggil kuih lipat antara kegemaran. Selalunya selepas tiga hari makan ketika menyambut Tahun Baru Cina ini, saya akan ke gimnasium.

"Saya tak nafikan terlalu menjaga badan dan mengawal apa yang dimakan. Tetapi untuk Tahun Baru Cina, saya lupakan seketika hal jaga badan. Oh ya… Selasa ini jam 12 tengah hari, saya baru saja mendapat undangan untuk muncul sebagai tetamu bagi program Wanita Hari Ini bersempena Tahun Baru Cina," katanya yang sering mengunjungi gim Celebrity Fitness di One Utama sebagai menjaga badan dan stamina.

Mengenai perkembangan seni dan kerjaya, Winnie memberitahu dia sedang merancang untuk menghasilkan EP dalam bahasa Melayu dan Cina. Kali terakhir Winnie muncul dengan album berbahasa Cina pada 2010 yang diedarkan Warner Music. Kontraknya bersama syarikat rakaman itu juga sudah tamat tahun lalu.

"Saya juga baru balik dari Hong Kong. Ia lebih kepada urusan kerja kerana saya ke sana membincangkan projek mengenai penjagaan produk kecantikan. Saya belum boleh bercakap lanjut kerana ia masih dalam peringkat awal. Saya juga menjadi duta pakaian dalam, ELV yang diasaskan di Jepun.

"Sudah tahun kedua saya bersama ELV. Pakaian dalam itu bukan untuk gaya kecantikan semata-mata tetapi bagus untuk kesihatan. Saya tak kisah mendedahkan badan dan ibu saya pun OK selepas melihat contoh gambar saya mengenakan pakaian dalam berkenaan," katanya yang gemar melancong ke luar negara dan sempat ke Melbourne, Australia untuk tujuan bekerja sambil bercuti.

Winnie juga sempat memberitahu ramai yang masih menyangka Winnie Kok dan Winnie K adalah dua orang yang berbeza. Hal ini sudah banyak kali dimaklumkan kepadanya termasuk mereka yang sering berurusan dengannya untuk persembahan korporat.

"Sebelum ini saya tukar nama dari Winnie Kok ke Winnie K pun untuk pasaran album ke Indonesia. Ia bertujuan memudahkan orang untuk menyebut dan mengingatinya. Lihat saja bagaimana nama suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa cukup dikenali dengan nama Datuk K," kata Winnie yang sempat memberitahu bahawa Dragon Festival Concert 2012 akan disiarkan di TV2 9.30 malam ini dan muncul dalam program Lucky Dragon Game Show 2012 di TV2 esok jam 4 petang.

Profil

Winnie K

Nama sebenar: Kok Mui Kuan

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Status: Bujang

Profesion: Penyanyi dan model

Kejayaan: Juara Asia Bagus di Singapura (1993), Top Ten Artis Cina Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2001 dan Anugerah Best Artist dan Malaysia Most Highly Supported Best Artis Global Chinese Golden Art Award (2005)

Suki

Nama sebenar: Low Sook Yee

Tarikh lahir: 11 Disember 1989

Asal: Seremban

Pencapaian: Juara One In A Million musim pertama

Drama: The Gift

Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan