Nuffnang

Sabtu, 24 Mac 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Hafiz, <b>Alyah</b>, Anuar Zain Paling Popular 2011

Posted: 21 Mar 2012 10:53 PM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2012: Lagu nyanyian Alyah, Hafiz dan Anuar Zain diiktiraf antara sepuluh paling popular sepanjang 2011 menerusi pilihan orang ramai yang datang berkaraoke di setiap cawangan Red Box seluruh negara.

Alyah menyerlah bersama lagu Kisah Hati, manakala Anuar Zain (Sedetik Lebih), diikuti Hafiz (Awan Nano) telah membawa pulang pengiktirafan Lagu Karaoke Melayu Popular 2011 bersama-sama tujuh lagu popular lain.

Lagu berkenaan iaitu Sofea Jane dendangan Black, Menyesal (Six Sense), Kalau Cinta (Aliff Aziz), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Aishiteru (Zivilia Band), Manifestasi Cinta (Fiq & Miwarna) dan Kalau Berpacaran yang dipopularkan Ana Raffali , Sohaimi Mior Hassan dan Altimet.

Setiap lagu yang tersenarai di dalam Lagu Karaoke Popular 2011 adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan Red Box dari awal Januari hingga akhir Disember 2011.

Turut diumumkan sepuluh Lagu Karaoke Inggeris Popular 2011 antaranya Adele dengan lagu Rolling In The Deep, LMFAO (Party Rock), Avril Lavigne (What The Hell), Rihanna (Only Girl), Maroon 5 (Moves Like Jegger) dan Brunos Mars menerusi lagi The Lazy Song.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang berjaya oleh Pengarah Urusan Red Box, Ms. Valerie di cawangan Red Box Sogo, di sini malam tadi.

Sempena majlis pengitirafan itu, turut diadakan permainan ceria bagi mengeratkan hubungan silaturahim bersama pihak media termasuk cabutan bertuah bagi yang mempertaruhkan hadiah lumayan seperti TV LCD dan iPad.

Semua wakil media yang hadir telah berpeluang mencuba bakat nyanyian masing-masing apabila pihak Red Box telah membuka cawangan Sogo khusus untuk pihak media bermula jam 6 petang sehingga lewat malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan