Nuffnang

Isnin, 5 Mac 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Awi Rafael</b> Rasuah Peminat? - GUA

Posted: 11 Feb 2012 08:00 AM PST

Menjelang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang bakal berlangsung pada 8 April nanti, pasti ramai peminat yang sedang sibuk mengundi nama artis kesukaan mereka. Namun, dalam pada kesibukan artis untuk meraih undi, GUA dapat tahu penyanyi Awi Rafael juga mempunyai cara yang tersendiri di mana sesiapa yang mengundinya akan mendapat hadiah. Macam 'rasuah' je Awi?

"Ini satu penghargaan kepada peminat, bukan rasuah. Saya menganjurkan satu peraduan di Facebook di mana siapa yang undi saya paling banyak akan berpeluang untuk makan bersama saya. Mana tahu, kemungkinan mereka juga berpeluang berjalan di karpet merah dengan saya," ujar Awi yang tercalon dalam kategori Artis Lelaki Baru Popular.

"Saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang. Rezeki siapa yang menang, menang la. Namun, saya rasa yang ada potensi besar untuk menang ialah Hazama. Saya suka suara dia dan kalau dia tak menang pun, saya tetap sokong dia."

Terlanjur bercerita soal Hazama, Awi turut memberitahu, "Saya ada menulis sebuah lagu balada untuk Hazama bertajuk, 'Hanya Lelaki Ini'. Lagu ini memang ada garapan identiti saya sendiri, tapi saya dah berikan nafas baru supaya sesuai dengan Hazama. Lagu ini sudah siap dirakam dan InsyaAllah akan dilancarkan pada bulan depan."

Ditebak dengan soalan tentang kontroversi kononnya beliau bertatu, Awi menjawab, "Banyak sangat kontroversi yang keluar sejak saya masuk dalam industri ini. Ada yang cakap saya meninggal dunia masa kemalangan dan ada juga yang kata saya dah kahwin dua kali. Tak apalah, saya faham lumrah dunia seorang artis. Justeru, saya cuba untuk jaga kelakuan saya tapi semua kena tahu, saya juga manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan."

Menyentuh mengenai perkembangan karier seninya, rezeki pelantun lagu 'Pulanglah' ini makin bertambah apabila lagu terbarunya, 'Bukankah Aku' menjadi lagu tema drama bersiri, 'Pelangi Kasih' di TV3. Menariknya, muzik video lagu yang dicipta oleh Awi lima tahun dahulu ini akan mendapat sentuhannya sendiri.

"Lagu ini amat bermakna buat saya. Saya akan mengarahkan muzik video ini dan ia merupakan percubaan kali pertama saya. Lagu berentak balada ini merupakan lagu sedih dan sesiapa yang patah hati akan faham lagu ini. Setakat ini saya masih mencari model untuk muzik video ini dan saya berminat untuk mengambil Izara Aisyah dalam muzik video terbaru saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan