Nuffnang

Isnin, 23 April 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> Bakal Lancarkan “Clothing Brand” Sendiri! | OHBULAN!

Posted: 19 Mar 2012 05:10 PM PDT

Mungkin sudah menjadi trend selebriti kita, mereka tidak mahu terikat dengan dunia hiburan sahaja.

Seperti yang dapat kita lihat, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai syarikat kosmetik sendiri, Fasha Sandha mempunyai salun rambut dan kecantikan. Kini, giliran Sazzy Falak, 31, pula menceburi bidang perniagaan dan yang paling penting, Sazzy bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri.

"SF by SF", satu jenama yang OHBULAN! rasakan komersial bunyinya telah diilhamkan oleh Sazzy sendiri. Jenama itu yang membawa maksud "Street Fashion by Sazzy Falak" sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri jika kita dengar melalui namanya sahaja.

"Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini. Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an." dipetik dari mStar Online

Dalam kenyataannya lagi pada akhbar online ini, jenama pakaiannya akan dilancarkan pada bulan Jun depan dan pastinya para peminat fesyen yang ranggi dan ringkas sudah tidak sabar untuk membelinya bukan? Untuk permulaan, "SF by SF" akan menjual skaf dan baju saja terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan