Nuffnang

Selasa, 8 Mei 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Sangkal Rumah Tangga Bergolak

Posted: 27 Apr 2012 11:48 AM PDT

Keluarga bahagia. Ning Baizura bersama ibu serta suaminya, Chris.Keluarga bahagia. Ning Baizura bersama ibu serta suaminya, Chris.

'Ratu Soul', Ning Baizura menepis dakwaan yang konon suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Chris) tidak lagi menguruskan aktiviti seninya dek kerana sudah bosan melayan kerenah dan sikap buruk pelantun Awan Yang Terpilu itu.


Sebaliknya peletakan jawatan Omar dalam syarikat Ning iaitu HappeNings, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan khabar angin yang mengatakan mereka sedang melalui pergolakan rumah tangga.

"Memang benar abang (Chris) tidak menguruskan saya lagi, tetapi ia secara rasmi mulai Julai nanti kerana menerima tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat petroleum terkemuka tanah air", kata Ning ketika ditemui di majlis sidang media Khas 'Ratu Hatiku Mother's day High-Tea exclusive With Ning Baizura And Band' di Royal Bintang Damansara Hotel, e@Curve.

Baru-baru ini timbul gosip liar di laman forum Cari, yang mendakwa kononnya penyanyi berusia 36 tahun itu dikhabarkan kembali kepada perangai lama-gemar bersosial dan pulang lewat malam ke rumah. Dan disebabkan itu, si suami pun sudah mula berfikir banyak kali untuk meneruskan usaha perjuangan seninya.

Tambah penyanyi kacukan Arab-Melayu-Belanda dan Jawa ini lagi, selama empat tahun bergelar pasangan suami isteri bohong kalau dikatakan mereka tidak pernah bergaduh. Tetapi ia hanyalah pengaduhan kecil dan semuanya berlaku atas dasar ketika urusan kerja. 

..

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tentang gosip tersebut. Kami masih lagi suami isteri yang bahagia dan biasalah kalau ada pergaduhan kecil, tetapi tidaklah sampai ke tahap mahu bercerai",

"Sejujurnya, tiga bulan pertama Chris menguruskan aktiviti seni saya, kami sering bergaduh dan bercanggah pendapat. Ini disebabkan selama ini saya sudah biasa berdikari termasuklah mengatur jadual aktiviti seni saya sendiri",
 
"Jadi, bila abang datang ke dunia saya dan dia menguruskan hal-hal tersebut dengan cara dia yang mana berbeza dengan cara saya, ada ketika saya tidak bersetuju dengan caranya. Itu yang membuatkan kami kadang-kadang berselisihan faham",

"Tetapi lama-kelamaan perkara itu jadi mudah. Namun cukuplah setahun dia 'masuk dan melalui' dunia saya sebagai anak seni. Sekarang dia sudah faham dunia saya, sudah tahu anak seni macam saya kerjanya bagaimana. Jadi dah sampai masanya untuk dia kembali ke kerjaya asalnya",

"Lagipun dalam usaha kami sekarang ni untuk mendapatkan cahaya mata, persiapan perlu dibuat. Andai kami dikurniakan rezeki anak nanti, kos hidup pastinya meningkat. Maka salah seoarng daripada kami perlu ada mata pencarian yang tetap iaitu gaji bulanan", jelasnya dengan panjang lebar.

Ning Pernah Keguguran
Dalam pada itu juga Ning dengan begitu teruja menyatakan hasratnya mahu menimang anak sendiri. Meskipun sekarang dia sudah mempunyai dua orang anak tiri. Kerana itu juga, mulai Julai nanti dia akan mengurangkan aktiviti seninya demi memberi fokus kepada rumah tangga dan usaha mereka untuk mendapatkan zuriat.

Mungkin tidak ramai tidak tahu, sebelum ini Ning sebenarnya pernah mengalami keguguran atas sebab kandungannya yang baru berusia beberapa minggu mengalami komplikasi rahim.

"Tahun pertama kahwin, saya hamil. Namun masa tu baru beberapa minggu, saya alami komplikasi pada rahim atau dalam kata lain doktor mengesahkan saya mengandung di luar rahim. Keadaan itu sangat berisiko tinggi. Dan akibat saya mengalami pendarahan yang teruk, atas nasihat doktor kandungan itu terpaksa dibuang", kata Ning membuka rahsia yang selama ini disimpan tanpa pengetahuan sesiapa.

"Alhamdulillah, setelah dua tahun dan sejak Desember lalu saya sudah berhenti mengambil ubat dan akhirnya doktor mengesahkan kini saya sudah betul bersedia untuk hamil lagi. Cuma mudah-mudahan kami dimurahkan rezeki", ujarnya lagi sambil menitip harapan tahun 2012 akan memberi sinar kepadanya dan keluarga.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan