Nuffnang

Ahad, 30 September 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Ditimpa Spotlight, <b>Alyah</b> Dimasukkan Ke Wad Kecemasan

Posted: 14 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 SEPT 2012: Kejadian yang tidak dijangka berlaku kepada peyanyi, Alyah apabila sebuah lampu acara (spotlight) telah jatuh ke arahnya sewaktu dia membuat persembahan di majlis rumah terbuka Hot FM yang berlangsung di Sri Pentas, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Alyah kemudian dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas difahamkan mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan. Pengurus Alyah, Shuib yang dihubungi oleh murai.com.my sebentar tadi memberitahu Alyah kini masih di wad kecemasan dan sedang mendapat rawatan daripada doktor.

"Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana masih belum mengetahui bagaimana keadaannya lagi selepas kejadian. Namun kini dia sedang dirawat or di wad kecemasan.

"Kami juga terkejut dengan apa yang berlaku kerana tidak menyangka bagaimana spotlight yang telah berada di pentas itu boleh jatuh ke arahnya," katanya dengan ringkas yang tidak mahu mengulas lanjut.

Menurut Shiub, dia bakal memberi kenyataan selanjutnya pada media lewat petang ini, selepas semua keadaan serta kekecohan yang baru sahaja berlaku di Sri Pentas menjadi reda dan stabil.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ini menghadirkan diri ke majlis berkenaan untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan