Nuffnang

Ahad, 30 September 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fouziah Gous</b> - Bila Saya Nak Kahwin? - Gua.com.my

Posted: 20 Sep 2012 07:14 AM PDT

"Bila pula saya nak kahwin? Agak kelakar apabila ada yang mengatakan saya ingin berkahwin dengan seorang Tan Sri. Ada juga yang bertanyakan di mana nanti saya nak kahwin dan macam-macam lagi. Soalnya, siapa yang pandai-pandai reka cerita yang kononnya saya ingin berkahwin dengan seorang Tan Sri?

"Saya tiada masa nak fikirkan pasal kahwin atau siapa yang saya nak berkahwin. Kerana seperti yang anda sedia maklum, jadual penggambaran saya teramat padat dan tiada masa untuk saya keluar 'date' atau jumpa mana-mana lelaki.

"Apa yang saya tahu, fokus saya sekarang untuk bekerja sahaja. Saya harap orang di luar sana, berilah saya peluang untuk membina kerjaya saya dahulu. Selepas itu, barulah saya akan fikirkan ke arah itu. Bila difikirkan semula, kadang-kadang saya nak tergelak, macam mana orang boleh fikir sampai ke situ," jelasnya panjang lebar saat ditanya tentang ura-ura mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang Tan Sri.

Fouziah ditemui dalam sidang media drama terbarunya 'Dendam Sarakit' petang tadi.

Pertemuan itu turut memberi peluang kepada GUA untuk bertanyakan tentang perjalanan kerjayanya yang semakin meningkat naik.

"Alhamdulillah, saya baru saja pulang dari Morocco selepas selesainya penggambaran supertelemovie yang berjudul 'Jauh' bersama Adiputra."

Selain 'Trilogi Cinta 2', peminat Fouziah juga boleh menyaksikannya di slot Seram TV3 bermula 27 September depan, jam 10 malam melalui drama 'Dendam Sarakit'.

Fouziah digandingkan dengan Zain Hamid, Sharifah Sakinah, Datin Noniswara, Namron, Dato' Zamshuri Ismail, Adam Shah, Jaslin Puasa, Jobot dan Ucop Cecupak.

Membawa watak utama sebagai Sarakit, seorang gadis berketurunan Siam, hubungan cintanya dengan Rafiq (lakonan Zain Hamid) tidak direstui ibu Rafiq, Puan Mariam (Datin Noniswara). Namun begitu, mereka tetap dengan keputusan untuk berkahwin dan berjanji akan sehidup semati walau apa halangan yang datang.

"Dalam drama ini, apa yang boleh saya katakan, ia banyak bermain emosi seperti emosi Sarakit. Seperti yang kita tahu, cintanya tidak kesampaian apabila dia mati dirogol semasa suaminya pulang melawat ibunya di Kuala Lumpur."

Penonton juga boleh menyaksikan 'Dendam Sarakit' melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3 Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan