Nuffnang

Ahad, 30 September 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Hantu Kapcai Gabung Tenaga <b>Zizan Raja Lawak</b> VS Remy Ishak.

Posted: 11 Sep 2012 08:39 PM PDT

alt


KUALA LUMPUR 11 Sept - Majlis Pelancaran Filem Hantu Kapcai yang berlangsung di The Cathay Cineplex menyaksikan pelakon seperti Zizan, Fizz Fairuz, Izzue Islam, Hairulazreen hadir di majlis pelancaran filem itu hari ini.

 

Filem Hantu Kapcai yang bakal ditayangkan pada 27 September 2012 ini akan menghiburkan penonton dengan barisan-barisan pelakon tanah air yang terkemuka seperti Zizan Razak selaku pemegang watak utama bersama beberapa pelakon hebat seperti Remy Ishak, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan ramai lagi.

 

Selaku Pengarah Filem ini, Ghaz Abu Bakar berkata filem ini mempunyai mesej positif dan bakal menghiburkan penonton tidak lama lagi. Beliau berharap penonton akan berpuas hati dengan hasil karyanya yang pertama ditayangkan di pawagam ini di bawah syarikat United Studio (anak syarikat milik penuh oleh KRU Malaysia Sdn. Bhd).

 

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), Seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya, Tiger mensabotaj perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk menyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela diatas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

 

Sementara itu, Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim mengumumkan bahawa selain "Hantu Kapcai", Showbiz Production kini mempunyai  4 lagi buah filem yang sudah tamat penggambaran dan bakal diedarkan melalui United Studio.

 

alt

 

Tarikh Tayangan - 27 September 2012

Genre - Seram komedi

Studio - Showbiz Production

Barisan Pelakon - Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Hairul Azreen Idris , Izzue Islam , Neelofa Mohd Noor, Dian P. Ramlee, Norizam Amin, Sabri Yunus

Pengarah- Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip - Ghaz Abu Bakar & Panel Skrip Showbiz

Lakon Layar - Ghaz Abu Bakar

Preview Filem - www.youtube.com/ kalchatv

Laman Facebook - www.facebook.com/hant.kapcai
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan